Sejarah Penciptaan Komputer3 min read

Komputer memberi peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ianya mengubah perniagaan, pekerjaan, teknologi dan yang paling penting, cara hidup kita. Teknologi ini meningkatkan produktiviti manusia kerana kebolehannya membuat beribu kiraan dan arahan pada satu masa. Contohnya, dalam pendidikan, komputer digunakan untuk melakukan simulasi dan komputasi sesuatu data dan model yang memerlukan ribuan lelaran (iteration). Tanpa komputer, membuat komputasi tersebut menggunakan tangan dan kertas akan memakan masa dan tenaga. Komputer merupakan sesuatu ciptaan yang layak untuk melakukan tugas ini berbanding manusia kerana komputer tidak akan bosan membuat kerja ang berulang-ulang. Inilah masanya untuk kita menghayati sejarah penciptaan komputer yang telah bermula ribuan tahun dahulu. Anda mungkin tidak menyangka bahawa komputer dalam bentuk awal tidak seperti yang diduga.

Asal perkataan komputer

Mengikut pada Kamus Oxford Inggeris, pengunaan pertama perkataan “computer” ialah pada tahun 1613 dalam buku yang bertajuk The Yong Mans Gleaning oleh seorang penulis Inggeris, Richard Braithwait. Penggunaan perkataan ini merujuk kepada komputer manusia, seorang yang melakukan kiraan dan komputasi. Atau dalam erti kata lain, seorang pengira. Kita boleh lihat disini, komputer pada asalnya ialah seorang manusia yang mengira, bukan sebuah mesin.

Definisi sebuah komputer

Apakah itu sebuah komputer? Apakah ciri-ciri yang membuatkan sesuatu peranti itu sebagai komputer? Adalah telefon pintar anda merupakan sebuah komputer? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu faham definisi dan ciri-ciri sesebuah komputer:

Definisi

  1. Sebuah mesin yang boleh diaturcarakan (programmable)
  2. Mampu memanipulasi data mengikut arahan yang disenaraikan
  3. Sebuah peranti yang membantu manusia dalam melakukan pelbagai jenis komputasi dan pengiraan.

Ciri-ciri

  1. Ia beroperasi mengikut set arahan tertentu dengan cara yang ditentukan.
  2. Menjalankan senarai arahan yang telah dituliskan terdahulu.
  3. Ia boleh menyimpan dan mengakses semula data yang banyak dengan pantas.

Berpandukan ciri-ciri tersebut, kita dapat mengklasifikasikan telefon pintar yang berada dalam poket kita sebagai komputer. Ini kerana, peranti tersebut boleh diaturcara, dan menjalankan senarai arahan yang ditulis terdahulu oleh seorang pengatucara. Contohnya, bagaimana sistem operasi telefon pintar anda berfungsi telahpun diaturcarakan.

Beza komputer terdahulu dan komputer sekarang

Berpandukan pada namanya, “komputer” menjalankan tugas untuk mengira. Komputer pada zaman dahulu hanya digunakan unutk membuat kiraan aritmetik. Kiraan aritmetik ini merangkumi operasi, penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, exponen dan lain-lain lagi. Mungkin kita boleh peranti seperti ini sebagai kalkulator pada hari ini.

Komputer pada harini merupakan sebuah peranti elektronik yang maju. Ia mengambil input data daripada pengguna dan memproses data tersebut di bawah kawalan set arahan yang dipanggil program seterusnya mengeluarkan output. Output tersebut juga boleh disimpan untuk kegunaan masa depan. Berbeza dengan dahulu, komputer moden mampu membuat tugasan lebih daripada kiraan aritmetik. Komputer harini mampu menjalankan simulasi, memainkan video, musik, menaip dan juga membuat kiraan kompleks. Ini dipanggil komputer tujuan am.

Garis masa sejarah penciptaan komputer

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagaimana komputer berubah dari zaman sebelum masihi ke zaman revolusi industri dan hinggalah zaman teknologi informasi (IT) sekarang, garis masa dibawah menceritakan perubahan tersebut dan motif kenapa manusia mencipta komputer.

Copy code dibawah untuk tambah di website anda

<iframe src="https://pakcikengineer.com/sejarah-pengkomputeran/" width="100%" height="700" allow="fullscreen"></iframe>

Rujukan

https://www.livescience.com/20718-computer-history.html

www.howstuffworks.com

www.cs.uah.edu.com

www.ftms.edu.my.com

www.computerhope.com

www.globaljournals.org

www.britannica.com

2 thoughts on “Sejarah Penciptaan Komputer3 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *