Teknologi maklumat hari ini bergantung tinggi kepada rangkaian komputer. Untuk berkomunikasi jarak jauh, mengakses data mahupun hanya untuk menggunakan perkakasan komputer kadang kala menggunakan rangkaian komputer. Terdapat beberapa jenis rangkaian komputer yang ada mengikut jarak yang ianya beroperasi. Artikel ini akan menerangkan beberapa jenis rangkaian komputer yang penting iaitu PAN, LAN, MAN, WAN, dan Internet.

1. Rangkaian Kawasan Peribadi / Personal Area Network (PAN)

Jenis rangkaian Komputer

Membolehkan peranti berkomunikasi dalam jarak seseorang. Contoh yang biasa ialah jaringan tanpa wayar yang menghubungkan komputer dan perkakasan yang lain. Setiap komputer moden mempunyai monitor, papan kekunci, tetikus dan pencetak. Tanpa menggunakan teknologi tanpa wayar, penyambungan ini mesti dilakukan menggunakan kabel. Namun, penggunaan kabel kadang-kala menyulitkan pengguna kerana masalah tidak mempunyai port yang cukup. Untuk menyelesaikan masalah ini, teknologi Bluetooth dicipta untuk membolehkan perkakasan ini boleh disambung tanpa wayar. Apabila beberapa perkakasan seperti papan kekunci, tetikus dan fon kepala di sambung ke komputer menggunakan Bluetooth, satu jaringan telah dibentuk. Jaringan inilah yang dipanggil PAN. Jarak jaringan ini berfungsi adalam dalam lingkunagan satu meter. Sebab itu kenapa jaringan ini dipanggil jaringan kawasan peribadi. PAN juga boleh dibentuk menggunakan teknologi selain Bluetooth, contohnya, RFID pada kad pintar dan buku di perpustakaan.

2. Rangkaian Kawasan Setempat / Local Area Network (LAN)

Jenis Rangkaian Komputer

LAN merupakan rangkaian milik persendirian yang beroperasi dalam dan berdekat sesebuah bengunan seperti rumah, pejabat dan kilang. LAN biasanya digunakan untuk menyambung komputer dengan komputer yang lain untuk berkongsi maklumat. Rangkaian ini juga digunakan untuk berkongsi perkakasan seperti mesin pencetak. Perkara ini biasa di dalam pejabat untuk membolehkan ramai pekerja menggunakan satu mesin pencetak yang sama. Apabila LAN digunakan di dalam sesebuah syarikat, ianya dipanggil enterprise network (rangkaian perusahan).

LAN tanpa wayar merupakan kaedah yang paling terkenal hari ini lagi-lagi di dalam rumah, bangunan pejabat yang lama dan tempat lain dimana pemasangan kabel yang banyak sukar dilakukan. Dalam sistem ini, setiap komputer mempunyai modem radio dan sebuah antenna yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer yang lain. Kebiasaannya, setiap komputer disambungkan ke satu peranti khas, iaitu titik capaian (Access Point) atau penghala tanpa wayar (wireless router). Titik Capaian (AP) ini menyampaikan maklumat antara komputer di dalam rangkaian yang sama dan juga rangkaian luar seperti Internet. Standard untuk rangkaian LAN tanpa wayar ialah IEEE 802.11, dikenali sebagai WiFi. Ianya berfungsi dengan kelajuan 11 hingga ratusan Mbps.

LAN berwayar menggunakan teknologi penghantaran seperti wayar kuprum dan gentian optik. Kebiasaanyya, LAN berwayar beroperasi dalam kelajuan 100Mbps ke 1Gbps. Ianya mempunyai kelengahan yang rendah (low delay) dan mempunyai kesilapan data yang rendah. Ini menunjukkan ianya lebih mudah untuk menghantar data dalam rangkaian LAN berwayar berbanding LAN tanpa wayar. Standard teknologi LAN berwayar adalah IEEE 802.3, terkenal sebagai Ethernet.

3. Rangkaian Kawasan Metropolitan / Metropolitan Area Network (MAN)

Klasifikasi Rangkaian Komputer

MAN merupakan kategori rangkaian yang berkhidmat kepada kawasan geografi yang lebih luas, dalam jurang 5 hingga 50 kilometer.Kawasan geografi ini juga merangkumi beberapa bangunan ataupun kampus kolej, juga dikenali sebagai rangkaian kampus. Ianya juga boleh merangkumi kawasan yang lebih luas iaitu sesebuah bandar (kawasan metropolitan).

Kebiasannya, rangkaian ini juga menggunakan gentian optik. Secara umunya, MAN tidak dimiliki oleh mana-mana organisasi, malah ianya dimiliki oleh konsortium pengguna atau sebuah penyedia rangkaian yang menguruskan servis berkenaan, memiliki fasiliti, peralatan yang berkenaan dan menjual akses kepada pengguna akhir.

4. Rangkaian Kawasan Luas / Wide Area Network (WAN)

Kategori Rangkaian Komputer

WAN merupakan rangkaian telekomunikasi persendirian lebih luas yang diagihkan secara geografi yang menghubungkan lebih daripada satu rangkaian LAN. Ianya boleh terbentuk daripada hubungan ibu pejabat sesebuah syarikat, cawangan pejabat, perkhidmatan cloud, dan fasiliti lain. WAN tidak terhad di dalam kawasan geografi yang sama. Syarikat yang mempunyai pejabat di beberapa buah negeri, dan mempunyai LAN di setiap pejabat tersebut, boleh dihubungkan sesama mereka dengan rangkaian WAN. Penghala (router) digunakan untuk menghubungkan rangkaian LAN kepada WAN. Pihak yang mengendalikan perkhidmatan ini dinamakan sebagai pembekal perkhidmatan rankaian (network service provider).

Terdapat juga jenis WAN yang menggunakan teknologi tanpa wayar. Contohnya, rangkaian telefon bimbit 2G, 3G, 4G dan yang terbaru, 5G. Sedar atau tidak, telefon pintar anda berada dalam sebuah WAN. Setiap stesen pangkalan selular mampu memberi komunikasi lebih besar daripada LAN tanpa wayar dengan jurang dalam lingkungan beberapa kilometer. Stesen pangkalan ini disambung dengan stesen pangkalan yang lain oleh rangkaian tulang belakang (backbone) kebiasannya melalui kabel.

5. Antara Rangkaian (Internetwork)

Internet, rangkaian kompute terbesar

Internet, jenis rangkaian komputer yang paling dikenali oleh semua orang. Terdapat banyak rangkaian yang wujud serata dunia, selalunya mempunyai perkakas dan perisian yang berlainan. Seseorang yang disambung dalam sesuatu rangkaian ingin berkomunikasi dengan orang yang berada di rangkian yang berlainan. Koleksi banyak rangkaian yang saling berhubung dipanggil antara rangkian atau Internet.

Internet menggunakan rangkaian penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk menghubungkan rangkaian perusahan, sekolah dan rumah. Ini membolehkan anda yang berada di dalam rangkaian LAN rumah anda, berhubung dengan ahli keluarga yang mungkin berada di dalam rangkian LAN kampus kolej di luar negara.

Rujukan

Computer Network Fifth Edition by Tanenbaum & Wetherall

Dapatkan Infografik daripada Kami

Tambah di Laman Anda

<iframe width="824" height="4014" frameborder="0"scrolling="no" style="overflow-y:hidden;" src="https://create.piktochart.com/embed/49485314-jenis-rangkaian-komputer" ></iframe>

Tentang Penulis

4 thoughts on “Jenis Rangkaian Komputer5 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *