Apakah itu alamat IP? Alamat IP merupakan sebuah alamat unit yang digunakan untuk mengenal pasti sesebuah peranti di internet. Semua peranti yang disambungkan ke internet mahupun hanya sebuah rangkaian persendirian (private network) pasti mempunyai alamat IP. Internet yang kita gunakan harini memerlukan cara untuk membezakan peranti yang ada . Alamat IP adalah cara untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan adanya alamat IP, peranti boleh berhubung dengan peranti yang lain di internet untuk bertukar data misalnya data penstriman video, teks, pembacaan dan lain lain.

Maksud ‘IP’ dalam perkataan alamat IP adalah Internet Protocol atau protokol internet. Protokol internet merupakan satu aturan yang menentukan bagaimana format data di hantar melalui internet atau rangkaian persendirian. Setiap maklumat yang dihantar di internet adalah dalam bentuk paket. Protokol internet menentukan bagaimana paket tersebut dihalakan, dan diberikan alamat supaya ianya boleh dihantar merentasi rangkaian dan tiba di destinasi yang betul. Setiap paket data akan mempunyai alamat penghantar dan alamat destinasi, sama seperti bagaimana surat dihantar.

apakah itu alamat IP

Komponen di dalam alamat IP

Alamat IP terdiri daripada rentetan nombor yang dipisahkan oleh nokhtah. Terdapat empat buah set nombor di dalam alamat IP. Contohnya, 192.168.100.5. Terdapat dua bahagian di dalam alamat IP, iaitu bahagian rangkaian dan juga bahagian peranti.

Apakah itu alamat IP

Setiap nombor tersebut adalah nombor perpuluhan yang ditukar daripada 8 bit nombor binari. Ini kerana, sistem komputer yang kita gunakan hanya boleh memahami nombor binari. Untuk memudahkan kita memahami nombor tersebut, kita tukarkan kepada nombor perpuluhan. Oleh sebab setiap nombor tersebut adalah nombor 8 bit binari, setiap nombor tersebut boleh mempunyai nilai daripada 0-255 (atau jika kita tukar kepada nombor binari, ianya 00000000-11111111). Oleh itu, alamat IP penuh boleh mempunyai nilai daripada 0.0.0.0 hingga 255.255.255.255.

Satu bahagian nombor alamat IP adalam 8 bit, satu alamat penuh IP yang terdiri daripada empat nombor adalah sebuah nombor 32 bit. Oleh sebab itu, hanya 232 atau bersamaan 4,294,967,296 atau 4.3 bilion nombor IP boleh wujud dalam dunia ini. Pada tahun 2023 sahaja, terdapat 8 bilion manusia di dunia. 63% populasi manusia di dunia mempunyai internet. Jika kita kita, ianya lebih kurang 5 bilion manusia. Nak dibandingkan dengan hanya 4.3 bilion alamat IP yang boleh wujud, ianya kurang daripada 5 bilion. Tambahan pula, kita sekarang berada di era Internet Benda (Internet of things, IoT), dimana benda benda elektronik seperti lampu, mesin basuh televisyen dan pelbagai lagi boleh disambungkan ke internet dan juga memerlukan alamat IP, semetinya 4.3 bilion alamat IP tidak cukup. Oleh itu, terdapatnya alamat IP versi 6 untuk menyelesaikan masalah ini.

IPv6

Alamat IP versi 6 merupakan satu format alamat IP baru untuk menambah baik lagi alamat IP yang sedia ada, iaitu IP versi 4 sekarang. IPv6 terdiri daripada lapan buah set nombor 16 bit yang dipisahkan dengan semikolon. Contohnya, seperti 2345:0425:2CA1:0000:0000:0567:5673:23b5. Gabungan lapan buah set nombor tersebut menjadikan alamat IP versi 6 penuh sebuah nombor 128-bit. Bayangkan berapa banyak alamat IP unik yang boleh kita hasilkan, iaitu 2128 alamat! Secara beransur, semakin banyak peranti yang beralih ke IPv6.

Jenis-jenis alamat IP

Rangkaian komputer boleh terdiri daripada dua, rangkaian di dalam rumah anda dan rangkaian luar rumah anda. Rangkaian di dalam rumah anda adalah rangkaian peribadi atau juga dipanggil rangkaian kawasan setempat. Manakalah rangkaian luar rumah anda yang akan menyambungkan anda ke internet adalah dipanggil rangkaian awam. Dengan dua jenis rangkaian ini, kita boleh bahagikan alamat IP kepada dua, iaitu alamat IP peribadi dan alamat IP awam.

Alamat IP peribadi (private IP address)

Apakah alamat IP peribadi? Alamat IP peribadi adalah alamat IP yang digunakan hanya di dalam rangkaian peribadi yang sama. Kesemua peranti yang berada di dalam rangkaian peribadi yang sama, akan mempunyai alamat IP peribadi yang unik di dalam rangkaian persendirian tersebut. Sebagai contoh, kesemua peranti yang anda hubungkan dengan modem Wi-Fi anda, adalah berada dalam satu rangkaian peribadi yang sama, dan akan mempunyai alamat IP peribadi yang unik antara mereka. Alamat IP peribadi kebiasannya diberikan secara automatik oleh penghala atau modem internet rumah anda. Ia juga boleh disetkan oleh anda sendiri. Dengan alamat IP peribadi ini, mereka boleh berhubung antara mereka tanpa perlu disambungkan ke internet. Sebagai contoh, jika anda ingin mencetak dokumen dengan menggunakan mesin pencetak tanpa wayar.

Untuk telefon pintar anda disambungkan ke internet, kita tidak boleh guna alamat IP peribadi. Anda memerlukan alamat IP awam.

Alamat IP awam (public IP address)

Alamat IP awam merupakan alamat IP yang digunakan untuk menghubungkan peranti anda ke rangkaian luar daripada rangkaian peribadi anda atau internet. Ianya diberi secara automatik oleh pembekal perkhidmatan internet (internet service provider, ISP) kepada penghala internet rumah anda. Oleh itu, untuk dunia luar berhubung dengan peranti di rumah anda, mereka akan menggunakan alamat IP awam ini dan berhubung melalui penghala internet rumah anda.

Sekarang kita dah faham apakah itu alamat IP pesendirian dan alamat IP awam. Namun, adakah peranti akan sentiasa mempunyai alamat IP tersebut atau ianya berubah-ubah? Untuk menjawab soalan tersebut, kita boleh pecahkan lagi jenis-jenis alamat IP kepada dua , iaitu alamat IP statik dan alamat IP dinamik.

Apakah itu alamat IP

Alamat IP statik

Alamat IP statik adalah bermaksud sebuah alamat yang tidak berubah. Bila peranti anda disetkan satu alamat IP statik, alamat tersebut kekal sama sehingga, ianya diubah oleh pengguna peranti tersebut, atau peranti tersebut diset semula. Alamat IP statik kebiasannya digunakan oleh komputer pelayan yang memerlukan alamat IP tidak berubah. Ianya supaya komputer pelayan tersebut mudah diakses oleh peranti lain. Mesin pencetak tanpa wayar yang menggunakan WiFi juga menggunakan alamat IP statik untuk memudahkan penggunanya mengakses pencetak tersebut untuk kerja mencetak. Anda juga boleh setkan komputer anda untuk menggunakan alamat IP statik. Kebiasannya, ini dilakukan jika anda ingin mengakses komputer anda dari komputer lain dengan mudah, dalam rangkaian peribadi yang sama.

Alamat IP dinamik

Dinamik bermaksud sentiasa berubah. Alamat IP dinamik pula adalah alamat IP yang boleh berubah. Alamat tersebut akan diberikan oleh pelayan DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol). Jika peranti anda disetkan untuk menggunakan DHCP atau menggunakan alamat IP automatik, bermaksud peranti anda akan mempunyai alamat IP yang berubah-ubah. Kebiasannya, alamat IP anda akan berubah jika peranti anda meninggalkan dan memasuki sesuatu rangkaian. Jika ianya berubah, bermaksud ada peranti lain telah diberikan alamat IP yang sebelum ini peranti anda guna. Tugas untuk memberi alamat IP adalah tugas pelayan DHCP. Setiap kali sebuah peranti menyertai rangkaian, ia akan menghantar permintaan untuk meminta alamat IP kepada pelayan DHCP. DHCP akan menganalisa blok alamat IP yang ada dan yang sedang digunakan agar alamat IP yang diberi adalah unik. Dengan alamat IP ini, peranti tersebut boleh berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian tersebut.

Mengapa perlunya ada alamat IP adalah kerana sebelumnya ada alamat IPv6, alamat IPv4 tidak mampu memberikan alamat IP statik yang mencukupi. Untuk menyelesaikan masalah ini, rekaan alamat IP dinamik diperkenalkan. Ini membolehkan almat IP diguna semula jika ia tidak digunakan.

Cara-cara untuk semak alamat IP anda

Kita dah belajar tentang alamat IP peribadi dan juga alamat IP awam. Untuk semak alamat IP peribadi komputer anda:

  1. Cari “cmd” di carian Windows.
  2. Setelah anda berada di terminal cmd, taip “ipconfig /all” dan tekan enter.
  3. Alamat IP anda akan tertera pada “IPv4 Address”. Alamat IP ini diberi oleh penghala internet rumah anda.
  4. Anda juga boleh melihat sama ada alamat IP anda adalah dinamik atau statik pada bahagian “DHCP Enabled”

Untuk semak alamat IP awam pada komputer mahupun telefon pintar anda:

  1. Pergi ke carian Google.
  2. Cari “what is my IP”.
  3. Google akan tunjuk alamat IP awam anda yang diberikan oleh perkhidmatan pembekal Internet anda.

Konklusi

Kita dah tahu apakah itu alamat IP. Alamat IP adalah satu identifikasi untuk peranti anda berhubung di dalam sesebuah rangkaian. Sama seperti alamat rumah, alamat IP membolehkan paket di Internet tahu kemana destinasi yang perlu dihantar. Alamat IP mempunyai maklumat rangkaian peranti anda berada dan maklumat peranti tersebut. Kita boleh klasifikasikan alamat IP kepada beberapa bahagian, alamat IP peribadi dan alamat IP awam. Alamat IP awam adalah alamat IP yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan Internet kepada penghala internet rumah anda untuk menghubungkan peranti-peranti di dalam rangkaiannya berhubung dengan dunia luar. Manakala, alamat IP peribadi adalah alamat IP yang penghala internet rumah anda berikan, untuk membolehkan peranti-peranti di dalam rangkaian persendirian berhubung sesama mereka.

Bacaan Lanjut

What Is an IP Address & What does it mean? (kaspersky.com)

What is an IP Address? – GeeksforGeeks

Static vs. Dynamic IP Addresses: What’s the Difference? | Avast

Salah satu cara untuk meingkatkan kelajuan Wi-Fi rumah anda adalah dengan menukar penghala Wi-Fi rumah anda kepada penghala WiFi6. Penghala WiFi6 mampu memberikan kelajuan sehingga 40% lebih laju berbanding penghala WiFi biasa. Lihat pelbagai penghala WiFi6 yang boleh didapati disini.

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *