Tentang Kami

PAKCIKENGINEER.COM telah dilancarkan pada tahun 2020 oleh dua orang anak muda sebagai satu initiatif untuk menyampaikan dan memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengambil tahu tentang perkembangan teknologi semasa dalam bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia.

 

Selain itu, blog ini juga ingin menarik golongan millenial untuk mengenal pasti minat mereka ke arah bidang teknologi yang tertentu. Walaupun sebagai sebuah organisasi yang kecil, kami sangat cintakan akan ilmu atau maklumat mengenai teknologi sama ada melalui sejarah, isu-isu semasa, etika, masa hadapan atau sebagainya.

 

Oleh itu, kami bercita-cita untuk menjadikan blog ini satu platform utama masyarakat sebagai rujukan. PAKCIKENGINEER.COM sentiasa akan memperbaiki apa apa kekurangan dan berkembang disamping tidak melupakan objektif utama kami. 


Kami percaya bahawa kami akan menjadi salah satu blog teknologi yang utama pada masa hadapan. Perjalanan baru sahaja bermula jadi marilah bersama-sama kami!

Misi Kami

Memaparkan artikel STEM dalam bahasa mudah

Menanam rasa ingin tahu masyarakat tentang teknologi

Membuka minda masyarakat untuk menjadi lebih innovatif

Disebalik tabir

Co owner Pakcik Engineer Malaysia

Khairul Ikhwan

MEng Electrical and Electronic Engineering

University of Southampton

amirul naim pic

Amirul Naim

Bachelor of Mechanical Engineering

Universiti Tenaga Nasional