Jenis Pemancar Telekomunikasi dan Bagaimana ia Berfungsi6 min read

1

Pernahkah anda terfikir bagaimana telefon bimbit anda mendapat liputan? Liputan telefon dan Internet mudah alih dibantu dengan adanya pemancar telekomunikasi yang dibina di banyak kawasan. Liputan telefon dan Internet mudah alih dibantu dengan adanya pemancar telekomunikasi yang dibina di banyak kawasan. Jika anda tinggal di bandar pesat pula, pemancar komunikasi ini sering dilihat di atas bangunan. Artikel ini akan menjelaskan apakah itu pemancar telekomunikasi, jenis dan bagaimana ia berfungsi.

Apakah itu pemancar telekomunikasi?

Pemancar telekomunikasi ialah sebuah perkakas dimana antena dan alatan elektronik telekomunikasi diletakkan untuk membantu menghubungkan telefon mudah alih ke dalam rangkaian selular menggunakan teknologi gelombang elektromagnet. Sebuah set atau lebih antena pemancar/penerima diletakkan di pada struktur tinggi. Alatan elektronik yang terdapat adalah seperti pemproses signal digital, sistem kawalan elektronik dan penerima GPS.

Jenis Pemancar Telekomunikasi dan Bagaimana ia Berfungsi

Kebiasannya pemancar telekomunikasi diletakkan di tempat yang tinggi untuk memberi liputan dengan secukupnya. Liputan isyarat selular bergantung terutamanya kepada line of sight atau garis penglihatan. Sesebuah telefon mudah mendapat liputan jika pemancar telekomunikasi berada dalam garis penglihatan. Jika terdapat bangunan atau pokok tebal menghalang garis penglihatan ini, meletakkan pemancar telekomunikasi di tampat yang tinggi membantu untuk menghasilkan liputan yang baik.

Oleh itu kita sering lihat pemancar telekomunikasi diletakkan pada menara. Menara tersebut dipanggil menara pemancar telekomunikasi atau dalam bahasa inggeris dipanggil Base Transceiver Station (BTS) atau Cell Tower. Pemancar telekomunikasi bukan sahaja diletakkan pada menara, ia sering diletakkan pada atap bangunan yang tinggi, lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

Sebab itu jugalah, bila nak cari liputan telefon, kita sering meletakkan telefon kita pada tempat tinggi. Juga, di kampung-kampung, orang sering panjat bukit yang lebih tinggi dari rumahnya untuk mencari liputan supaya telefon kita berada dalam garis penglihatan menara pemancar telekomunikasi berdekatan.

Bagaimana Pemancar Telekomunikasi Berfungsi?

Gelombang Elektromagnet

Setiap kali anda menggunakan telefon untuk membuat panggilan atau melayari internet, telefon anda akan mengeluarkan gelombang elektromagnet. Cahaya juga mengeluarkan gelombang elektromagnet, namun, gelombang yang dikeluarkan oleh telefon anda mempunyai frekuensi yang lebih rendah, dipanggil sebagai frekuensi radio (700 MHz – 2600 MHz).

Antena daripada menara penerima/pemancar terdekat akan menerima gelombang ini dan memberikan telefon anda sebuah saluran (channel) untuk telefon anda berkomunikasi dengan pemancar telekomunikasi. Setiap data yang dihantar oleh telefon anda akan diproses oleh pemproses isyarat digital seterusnya isyarat dihantar ke pusat pensuisan (switching center) iaitu pusat pertukaran telefon untuk telefon bimbit atau rangkaian Internet. Untuk semua ini berlaku, anda terlebih dahulu berada di dalam rangkaian selular.

Rangkaian Selular

Sebuah rangkaian selular terdiri daripada menara penerima/pemancar, genganti rangkaian dan telefon mudah alih dimana komunikasi antara mereka disampaikan menggunakan gelombang radio.

Kawasan liputan yang diberikan oleh menara pemancar dibahagikan kepada kawasan geografi kecil dipanggil ‘sel’.

Setiap sel mempunyai bentuk seakan bentuk heksagon. Apabila banyak sel disusun sebelah menyebelah, ianya akan membentuk struktur “honeycomb” atau sarang lebah.

Setiap sel mempunyai beberapa frekuensi tertentu dan sel bersebelahan tidak akan mempunyai frekuensi yang sama untuk mengelakkan gangguan (inteference).

Kenapa tidak bina sebuah menara pemancar yang tinggi untuk menampung sebuah kawasan yang luas? Tujuan kenapa sesebuah kawasan geografi dibahagikan kepada sel-sel kecil adalah untuk menjimatkan penggunaan jalur lebar frekuensi. Ini kerana frekuensi yang sama boleh diguna semula untuk menara pemancar yang lebih jauh selagi bukan kawasan sel yang bersebelahan.

Rangkaian selular di bandar dan pedalaman

Lain jenis kawasan mempunyai lain saiz dan kepadatan pemancar telekomunikasi. Di kawasan bandar, banyak pemancar telekomunikasi diletakkan untuk membentuk banyak sel kecil, kerana kepadatan penduduk yang tinggi. Jika tiada pemancar yang cukup, pemancar telekomunikasi yang ada akan tepu kerana jumlah pengguna telefon yang tinggi. Sebab itulah kenapa di kawasan yang sesak seperti acara kemerdekaan, konsert dan sebagainya kita sering mempunyai masalah liputan walaupun telefon menunjukkan isyarat 4G.

Kawasan pedalaman pula selalu mempunyai masalah liputan disebabkan tidak banyak menara pemancar telekomunikasi dibina kerana populasi yang sedikit. Di sini, menara yang lebih besar dan tinggi sering dibina untuk memberi liputan pada sel yang lebih besar namun, kepadatan menara tersebut tidak banyak. Oleh kerana jumlah pengguna yang sedikit di kawasan pedalaman, ianya lebih menjimatkan untuk syarikat telekomunikasi untuk membina sedikit menara.

Jenis Pemancar Telekomunikasi dan Bagaimana ia Berfungsi

Jenis-jenis pemancar telekomunikasi

Kita sudah tahu pakah itu pemancar telekomunikasi dan bagaimana ia berfungsi, sekarang ayuh kita lihat beberapa jenis pemancar telekomunikasi. Terdapat beberapa jenis menara pemancar telekomunikasi. Kita sering lihat lain kawasan, lain jenis menara pemancar dibina. Contohnya, dikawasan luar bandar, pemancar jenis kekisi sering dibina dan bandar pula, pemancar biasa dibina pada bangunan dan lampu jalan. Jenis tersebut juga bergantung kepada luas kawasan yang ingin diberikan servis dan juga saiz sel.

Menara Kekisi (Lattice Tower)

Menara kekisi memberikan fleksibiti yang paling banyak dan sering digunakan dalam keadaan pemuatan berat. Biasanya mempunyai tiga atau empat sisi dengan bentuk asas serupa.

Jenis jenis pemancar telekomunikasi
Gambar oleh jotoya from Pixabay

Menara ekakutub (Monopole tower)

Merupaka menara tiub keluli atau konkrit tunggal. Biasanya mempunyai ketinggian tidak melibihi 50 meter dan memerlukan satu asas. Antena dipasang di bahagian luar menara.

Jenis-jenis pemancar telekomunikasi
Gambar oleh Joe Ravi, CC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons

Menara ekakutub pokok (Monopole tree)

Merupakan menara yang lebih mahal daripada yang lain kerana memerlukan bahan yang lebih untuk penampilannya. Tujuan menara jenis ini adalah untuk menyorokkan rupa menara dengan rupa pokok atas tujuan estetik.

Jenis jenis pemancar telekomunikasi
Menara telekomunikasi yang nampak seakan akan pokok.

Pemancar Komunikasi Multi-Fungsi

Merupakan pemancar komunikasi yang dibina atas apa-apa binaan seperti lampu jalan, papan tanda, lampu limpah, minaret dan tiang CCTV. Struktur pemancar jenis ini dapat menambah baik liputan komunikasi dan menampung permintaan terhadap perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh khususnya di kawasan tumpuan strategik dan memenuhi kelompongan liputan.

Jenis jenis pemancar telekomunikasi
Menara telekomunikasi muti-fungsi pada lampu jalan.

Artikel berkaitan

Jenis-jenis Rangkaian Komputer

Apakah itu Permintaan HTTP?

Rujukan

https://en.wikipedia.org/wiki/Cell_site

https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Garis-Panduan-Perancangan-Infrastruktur-Komunikasi-GPP-I.pdf

https://whatsag.com/mobile-technology/what-is-a-cell-tower.php

Tentang Penulis

1 thought on “Jenis Pemancar Telekomunikasi dan Bagaimana ia Berfungsi6 min read

  1. Saya ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai kawalan menara telemunikasi, adakah ia dapat dikawal atau diambil alih secara “hack” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *