Liberalisasi industri gas di Malaysia6 min read
Intro
Liberalisasi industri gas masih merupakan topik hangat yang dibincangkan oleh komisen-komisen gas negara di seluruh dunia. Buat pengetahuan semua, negara kita Malaysia juga sudah mengorak langkah dengan melaksanakan pindaan Gas Supply (Amendment) Bill 2016.
Hasil pindaan ini bukan sahaja bakal memberi kesan kepada bekalan gas industri tetapi juga memberi kesan kepada monopoli yang dipegang oleh pengeluar minyak dan gas terbesar di Malaysia iatu Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Implementasi pindaan ini akan menjadikan Malaysia mempunyai pasaran industri gas yang bebas atau liberal sepenuhnya. Selain itu, banyak pemain-pemain baru dapat memainkan peranan dalam industri dengan sama rata. Suruhanjaya Tenaga (ST) juga memainkan peranan penting menjayakan pindaan ini sebagai badan undang-undang negara. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa perlaksanaan ini mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri.
Latar belakang
Industri bekalan gas di Malaysia bermula daripada pengeluaran upstream sehinggalah kepada pelanggan akhir. Buat pengetahuan semua, terdapat dua jenis pengeluaran yang berkait rapat dengan industri gas iaitu upstream, downstream dan juga midtsream.
Upstream
Industri upstream merupakan suatu kegiatan peenerokaan sumber (explorasi) yang dijalankan untuk mencari dan mengenal pasti lokasi sumber minyak. Kemudian, sumber minyak dan gas bumi ini akan digali dan dikeluarkan dari bumi sehingga ke permukaan. Proses ini sangat rumit kerana ia memerlukan kepakaran tinggi dan teknologi yang sangat canggih.
Kegiatan ini banyak dilakukan di perairan laut Malaysia terutamanya di kawasan Semenanjung dan juga di kepulauan Borneo. Penggiat utama upstream di Malaysia ialah syarikat minyak nasional negara, Petronas.
Sumber minyak negara dilindungi
Petronas merupakan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan. Oleh hal yang demikian, segala bahan minyak dan gas adalah milik negara. Jika terdapat mana-mana syarikat yang ingin mengambil sumber ini haruslah berurusan dengan Petronas.
Mereka perlu menandatangani dua kontrak penting iaitu kontrak perkongsian risiko (RSC) dan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC). Setelah itu, barulah syarikat tersebut boleh melantik kontraktor sebagai pihak ketiga untuk aktiviti upstream.
Antara pemain-pemain upstream yang terbesar di Malaysia adalah Veleso Energy Berhad, Sapura Energy Berhad dan Dayang Enterprise Holdings Berhad.
Downstream
Kegiatan downstream pula dilakukan selepas kegiatan upstream. Kegiatan ini melibatkan proses mengolah hasil bahan minyak dan gas menjadi produk produk harian seperti plastik sampah, bahan api kenderaan dan sebagainya sehinggalah ianya dijual di pasaran.
Syarikat-syarikat yang terlibat dengan kegiatan ini adalah seperti pusat loji penapisan dan penyulingan minyak mentah, stesen petrokimia, pengedar petroleum, pengedar gas asli dan sebagainya. Antara pemain downstream utama di Malaysia adalah Petronas Dagangan Berhad, Hengyuan Refining Company Berhad dan Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad.
Midstream
Kegiatan midstream ini berlaku di antara kegiatan upstream dan downstream dimana ia melibatkan kegiatan pengangkutan, penyimpanan atau logistik. Selain itu, pengedaran bahan minyak atau gas melalui paip juga sebahagian daripada kegiatan midstream.
Proses di dalam industri gas
Infogram
The Malaysia Gas Association (MGA)
Negara Malaysia mempunyai persatuan minyak yang tersendiri iaitu The Malaysia Gas Association (MGA) yang ditubuhkan pada tahun 1986. Persatuan ini sangat penting kerana ia dapat merancakkan lagi dialog di antara pihak keberpentingan atau key stakeholders untuk memastikan industri gas ini bertahan lama dan berdaya saing.
Selain itu, fungsi persatuan ini juga adalah untuk mempromosikan pertumbuhan sektor gas asli sebagai sumber tenaga yang bersih dan efisien di Malaysia. Antara pemain-pemain utama industri gas yang terlibat dengan persatuan ini ialah Esso, Caltex, Petronas, BP dan juga Shell.
Cabaran liberalisasi industri gas
Sumber bahan tenaga di Malaysia ini dibawah pasaran yang dimonopoli untuk sekian lama. Seperti yang saya maklumkan, syarikat Petronas ialah syarikat yang memonopoli industri gas negara kita.
Namun, bukan sahaja negara Malaysia yang mengalami senario tersebut malah juga negara-negara yang lain. Negara-negara ekonomi besar dunia seperti China dan Jepun juga merancang untuk melakukan perkara yang sama. Banyak cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh negara kita;
Permintaan gas yang rendah
Ekonomi negara Malaysia dijangka tumbuh dengan perlahan untuk jangka masa yang lama. Hal ini demikian kerana terdapat dua faktor yang ketara iaitu pandemik Covid-19 dan penggunaan bahan bakar arang sebagai penjana tenaga yang kurang.
Pandemik yang melanda negara kita memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi negara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebagai salah satu initiatif untuk membendung wabak ini. Kesan pandemik ini juga dirasai oleh industri gas kerana permintaan kepada bahan minyak terutamanya dalam sektor penerbangan menjadi rendah kerana rakyat diarahkan untuk duduk dirumah.
Selain itu, penggunaan gas sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga juga semakin kurang digunakan. Bahan bakar gas merupakan salah satu bahan bakar utama iaitu sebanyak 60% sebelum ini. Hal ini demikian kerana syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menambahkan lagi kapasiti stesen penjanaan tenaga bersumberkan arang kerana ia lebih kos efektif.
Penyertaan pihak ketiga yang sedikit
Berdasarkan kepada laporan oleh News Straits Times, hanya terdapat satu sahaja syarikat yang menandatangani untuk melibatkan diri sebagai pihak ketiga dalam TPA (Third party access) sehingga 2018. Hal ini demikian kerana proses untuk liberalisasi kan industri ini perlu mengambil masa yang lama kerana pasaran masih lagi kecil dan belum matang.
Antara perjanjian TPA untuk aktiviti minyak dan gas yang pertama adalah di antara syarikat Tenaga Nasional Berhad dan juga Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. Perjanjian ini melibatkan penghantaran kargo liquefied natural gas (LNG) untuk kegunaan stesen janakuasa TNB Connaught Bridge dan TNB Tuanku Jaafar.
Impak liberalisasi industri gas
Terdapat beberapa impak yang bakal dirasai oleh pemain industri gas, negara dan juga pengguna sama ada secara positif ataupun negatif. Impak ini juga akan memberi kesan untuk jangka masa pendek dan panjang.
Impak positif
Memberikan saingan baru kepada pasaran
Seperti yang sedia maklum, apa-apa industri yang dimonopoli oleh sesuatu syarikat sudah semestinya menyebabkan harga produk atau servis yang ditawarkan tidak memadai dengan apa yang diberikan.
Sebagai contoh, Telekom Malaysia (TM) yang memonopoli industri telekomunikasi terpalit dengan kontroversi terkini dimana servis Internet yang ditawarkan tidak padan dengan harga yang dibayar oleh pengguna.
Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa liberalisasi atau privatasi kepada sesuatu industri lebih-lebih lagi industri gas bakal memberikan persaingan yang sihat dan menjadikan sesuatu syarikat itu lebih berinovasi dan kompetitif.
Mengurangkan kos
Liberalisasi harga minyak dan gas akan memberi kesan yang baik dari segi pengurangan kos. Penjanaan tenaga melalui stesen jana kuasa oleh syarikat-syarikat seperti TNB dapat dilakukan dengan lebih efisien seterusnya menghasilkan elektrik yang murah.
Hal ini dapat dilihat melalui negara-negara Eropah yang lain seperti United Kingdom dan German yang sudah mengorak langkah dalam liberalisasi industri gas ini memperoleh kelebihan dari segi pengurangan kos.
Impak negatif
Mengurangkan pendapatan negara
Buat pengetahuan semua, harga gas di Semenanjung Malaysia ditentukan oleh dua jenis model harga iaitu harga paip gas yang dikawal selia (regulated gas pipe price) dan gas LNG yang tidak dikawal selia (unregulated LNG price). Model harga untuk kedua-kedua jenis tersebut merupakan initiatif untuk meliberalkan harga dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi.
Saya berpendapat bahawa ini akan menyebabkan Petronas menjual harga gas yang lebih rendah mengikut harga pesaing seterusnya memberi impak negatif terhadap pendapatan negara.
Proses liberalisasi industri gas yang memakan masa
Saya tidak menafikan bahawa proses liberalisasi industri gas memerlukan masa yang amat lama kerana kemunculan pasaran pasaran baru oleh pihak ketiga bergantung kepada persediaan fasiliti infrastruktur yang sedia ada. Selain itu, untuk mendapat kelulusan kontrak dari pihak kerajaan juga mengambil masa.
Rujukan
https://alvindocs.com/news-events/read/pengertian-upstream-downstream-industri-minyak-dan-gas
https://www.isaham.my/blog/upstream-midstream-downstream-minyak-dan-gas
1 thought on “Liberalisasi industri gas di Malaysia6 min read”