Garis Masa Sejarah Pengkomputeran

Garis Masa

Sejarah Penciptaan Komputer

2400BC

Abacus ialah peranti yang digunakan untuk membantu seseorang melakukan kiraan matematik. Masyarakat Rom kuno mengembangkan Abacus, “mesin” pertama untuk mengira dan digunakan di Babylonia pada 2400BC. Abacus yang ada pada hari ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Abacus yang pertama digunakan di China pada sekitar 500 B.C. Ianya digunakan dalam asas operasi aritmetik.

1614

John Napier, bangsawan dan ahli politik Scotland menumpukan banyak masanya mempelajari matematik. Beliau tertarik untuk mencipta cara untuk membantu pengiraannya. Penemuan yang paling besar beliau ialah logaritma. Tulang Napier ciptaan beliau mampu membuat operasi pendaraban, pembahagian, dan menghitung punca kuasa.

1621

Napier mencipta logaritma, Edmund Gunter mencipta skala logaritma, namun, William Oughtred di England yang mencipta slide rule. Menggunakan konsep daripada Tulang Napier, beliau menulis logaritma dia atas jalur kayu dan menemukan “mesin” pengira (slide rule) yang digunakan hingga pertengahan tahun 1970.

1642

Blaise Pascal, seorang ahli matematik Perancis yang genius, pada umurnya 19 tahun mencipta sebuah mesin yang dipanggil Pascaline yang mempu membuat operasi penambahan dan penolakan untuk membantu bapanya yang juga seorang ahli Matematik. Mesin tersebut mempunyai set gear yang mempunyai sepuluh gigi setiap satu, mewakili nombor dari 0 hingga 9. Apabila setiap roda bergerak satu putaran, ia akan menggerakkan gear seterusnya sehingga menjadikan 1/10 revolusi. Prinsip terus digunakan sebagai asas kepada mesin penambahan mekanikal beberapa abad setelah kematian beliau. Bahasa pengaturcaraan PASCAL dinamakan sempena nama beliau.

1673

Gottfried Willhelm von Leibniz mencipta kalkulus pembezaan dan pengamiran (differential and integral calculus). Beliau mencipta mesin pengira yang dipanggil sebagai Step Reckoner. Ia mampu menambah dan menolak seperti mesin Pascal, dan juga mampu mendarab dan membahagi. Leibniz juga mencipta sesuatu yang penting dalam komputer moden, iaitu aritmetik binari.

1804

Dicipta oleh seorang penenun Perancis, Joseph Marie Jacquard. Jacquard look merupakan satu peralatan penting dalam Revolusi industri Pertama. Ianya merupakan alat tenun tekstil, dan juga peranti praktikal pertama yang mampu memproses maklumat. Mesin tenun tersebut berfungsi dengan menarik benang pelbagai warna membentuk corak dengan menggunakan sejumlah batang. Dengan memasukkan kad yang ditebuk dengan lubang, pengendali mesin mampu mengawal pergerakan batang mesin seterusnya mengubah corak pada tenunan.

1822

Charles Babbage merupakan bapa kepada komputer moden (sungguhpun beliau tidak berjaya membina komputernya secara fizikal sepenuhnya). Beliau mula mereka pelan untuk membuat mesin yang dipanggil Automatic Difference Engine. Ianya dibina bertujuan untuk pembinaan jadual metematik untuk navigasi. Malangnya, batasan kejuruteraan pada waktu itu menjadikan pembinaan komputer tersebut mustahil. Projek seterus beliau kelihatan lebih bercita-cita tinggi.

1833

Semasa beliau menjadi profesor matematik di University of Cambridge, beliau mencadangkan pembinaan sebuah mesin yang dipanggil Analytic Engine. Ianya mempunyai input kad tebuk, unit memori dan unit aritmetik, cetakan automatik, dan kawalan program berurutan. Beliau sebenarnya telah pun merancang komputer 100 tahun kehadapan. Sayangnya, komputer tersebut tidak siap dibina. Ia memerlukan teknologi pembuatan untuk maju terlebih dahulu.

1842

Sewaktu tempoh sembilan bulan pada 1842 hingga 1843, Ada Lovelace menterjemah memoir daripada ahli Matematik Itali, Luigi Menabrea yang berkisar tentang Analytic Engine kepunyaan Charles Babbage. Dengan terjemahannya, beliau menambahkan sekumpulan nota yang menyatakan secara terperinci keadah untuk mengira nombor Bernouli menggunakan Analytic Engine tersebut. Ahli sejarah menyatakan ini sebagai program komputer pertama dan menggelarkan Ada Lovelace sebagai pengaturcara komputer pertama.

1890

Menggunakan idea simpanan data menggunakan kad tebuk Jacquard, Herman Hollerith mereka sistem kad tebuk untuk mengira bancian Amerika Syarikat. Selepas bancian tersebut, Hollerith beralih menggunakan mesin bancian tersebut dalam perniagaan dan mementuk Tabulating Machine Company (Syarikat Mesin Bancian) yang kemudian bergabung dengan pelbagai syarikat membentuk IBM (seperti yang dikenali sekarang).

1939

Dr. John Vincent Atanasoff dan pembantu siswazahnya, Clifford Barry membina komputer elektronik pertama yang dipanggil Atanasoff-Berry Computer (ABC). Komputer ini menggunakan litar dengan 45 tiub vakum untuk melakukan pengiraan dan kapasitor untuk penyimpanan. Ini juga merupakan komputer pertama yang menggunakan matematik binari.

1943

Komputer elektronik pertama yang betul-betul berjaya dibina di Bletchley Park, England. Ia hanya mampu melakukan satu operasi sahaja, iaitu memecahkan kod ketika Perang Dunia Kedua. Colossus I tidak mampu diaturcarakan semula.

1944

Pada 1944, Dr. howard Aiken daripada Harvard menyiapkan pembinaan “Automatic Sequence Controlled Calculator, terkenal sebagai Mark I. Ia mengandungi 3000 geganti mekanikal dan merupakan komputer elektro-mekanikal pertama yang mampu membuat keputusan logik seperti, (if x==TRUE then do this). Ia juga mampu membuat operasi penambaan dalam 0.3 saat. Sumbangan penting mesin ini ialah ia diprogram menggunakan pita kertas yang ditebuk. Arahannya juga boleh diubah. Boleh dikatakan bahawa mark I merupakan realisasi kepada impian Babbage. ”

1946

Merupakan komputer elektronik penuh pertama. ENIAC merupakan singkatan daripada Electrical Numerical Integrator and Calculator. Ia direka oleh J. Prosper Eckert dan Jown W. Mauchly daripada University of Pennsylvania. ENIAC merupakan komputer tujuan am yang pertama, sungguhpun susah untuk di aturcarakan semula. Ianya digunakan untuk mengira jadual penembakan artileri untuk Makmal Penyelidikan Balistik Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat. ENIAC memenuhi ruang bilik 20 kaki x 40 kaki dan menggunakan 18,000 tiub vakum. ENIAC diaturcarakan mengguna wayar pelompat.

1948

Tahun 1948 merupakan peristiwa yang mengubah hala tuju komputer dan elektronik. Bekerja di Bell Labs, merupakan tiga orang saintis, John Bordeen, Waltar Brattain, dan William Shockly mencipta transistor. Perubahan daripada tiub vakum kepada litar transistor berlaku antara tahun 1956 dan 1959. Ini membawa kepada komputer generasi kedua, yang berdasarkan transistor.

1957

Dari 1957 hingga 1959, komputer IBM 704 muncul, dimana bahasa pengaturcaraan pertama dibina iaitu FORTRAN. Pada masa ini, teknologi hanya membenarkan satu komponen per cip, iaitu transistor individu. Pada tempoh 1958-1962, makin banyak bahasa pengaturcaraan dibangunkan seperti COBOL, LISP, ALGOL dan BASIC.

1970

Pada awal tahun 70an, teknologi komputer membenarkan 1000 komponen pada setiap cip. Untuk mendapat idea berapa banyak saiz komponen elektrik mengecil pada masa itu, lihat pada gambar tersebut. Wanita itu sedang melihat litar bersepadu 16K RAM memori menggunakan mikroskop. Disebelahnya ialah tiub vakum 16K memori yang dicipta 20 tahun sebelumnya.

1971

Syarikat Intel menghasilkan cip mikropemproses pertama, yang merupakan cip 4-bit (Berbanding cip mikropemproses harini merupakan cip 64-bit). Dengan hanya bersaiz 0.16 cm x 0.32 cm, cip ini mengandungi 250 transistor dan mempunyai kuasa pengkomputeran bersamaan ENIAC.

1975

Komputer yang kecil dan cukup murah untuk dibeli oleh individu untuk kegunaan di rumah pertama kali boleh didapati pada tahun 1975. Ini menjadi realiti apabila integrasi berskala besar memungkinkan untuk membina mikropemproses yang cukup berkuasa pada cip semikonduktor tunggal. Sebuah syarikat kecil bernama MITS membuat komputer peribadi pertama, iaitu Altair. Komputer ini menggunakan cip mikropemproses Intel 8080.

1977

Komputer mikro yang paling berjaya ialah Apple II, direka dan dibina oleh Steve Wozniak. Bersama rakannya yang meminati komputer dan mahir dalam perniagaan, Steve Jobs, mereka memulakan syarikat Apple Computer pada tahun 1977 di dalam garaj Steve Wozniak. Kurang hanya tiga tahun, syarikat mereka berjaya menghasilkan $100 juta.

1981

Pada tahun 1981, IBM menghasilkan komputer mikro pertama mereka. Selepas pada itu, banyak klon terhasil. Letupan komputer mikro memenuhi slogannya iaitu “computers by the millions for the millions”. Jika dibandingkan degnan ENIAC, komputer pada tahun 80an adalah 20 kali ganda lebih laju, kapasiti memori 16 kali ganda besar, 30 000 kali ganda lebih kecil, 10 000 kali ganda lebih murah dan hanya menggunakan kuasa seperti sebuah mentol, berbanding sebuah lokomotif.

1984

Pada tahun 1085, komputer Macintosh daripada Apple diperkenalkan. Macintosh merupakan komputer persendirian pertama yang berjaya dihasilkan secara besar-besaran, mempunyai antara muka pengguna grafik (GUI), skrin terbina dalam, dan tetikus.

1989

Tahun 1989 merupakan tahun dimana Windows 1.0 diperkenalkan untuk komputer persendirian. Pembangunannya dipelopori oleh pengasasnya, iaitu Bill Gates. Windows 1.0 berfungsi diatas MS-DOS, yang bergantung kepada input garis perintah (command line input). Windows 1.0 juga memliki ciri-ciri lebih kurang perisian Macintosh, namun tidak setanding Macintosh.

Berbanding ENIAC, komputer pada tahun 90an adalah 36,000 lebih pantas, mempunayi memori 5000 kali ganda besar dan 30,000 kali ganda lebih murah.

2000s

Era 2000 menyaksikan perkembangan pengkomputeran yang paling pesat. Pada era inilah macOS, Windows 2000, Windows XP diperkenalkan, sony mengeluarkan Playstation 2, Nvdia memperkenalkan kad grafik dan Gmail diperkenalkan.

Dibandingkan dengan ENIAC, komputer pada era 2000s adalah 180,000 lebih laju, mempunyai kapasiti 25,000 kali ganda lebih besar, dan 60,000 kali ganda lebih murah.