Apakah itu Revolusi Industri 4.0?6 min read

6

Dunia hari ini memerlukan semua benda untuk berinteraksi dengan pantas. Data dan informasi bergerak dari satu tempat ke satu tempat kurang daripada sesaat. Jikalau sebelum ini data hanya berpindah-randah melalui komputer dan telefon mudah alih, hari ini data juga boleh berjalan dari satu mesin ke satu mesin. Istilah ini dipanggil M2M (Mahine to Machine). Inilah yang dihuraikan oleh Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia atau World Economic Forum dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution. M2M hanyalah sebahagian daripada Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri 4.0 merangkumi skop yang lebih luas yang akan kita bincangkan. Dalam artikel ini kita akan merungkai apakah itu Revolusi Industri 4.0.

Apakah itu revolusi industri 4.0
Klaus Schwab, Pengasas World Economic Forum

Maksud Revolusi Industri 4.0

Secara tuntasnya, Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden.

Revolusi Industri yang sebelumnya

Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh 1820 hingga 1840 di Great Britain dimana perubahan dalam sektor pembuatan menggunakan tangan kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan air.

Seterusnya, Revolusi Industri Kedua pula bermula pada 1870 hingga 1914 melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam pembuatan skala besar.

Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali sebagai Revolusi Digital, berlaku pada lewat abad ke-20. Dalam revolusi kali ini, elektronik dan teknologi informasi digunakan untuk membantu sektor pengeluaran. Ini disebabkan penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan.

Revolusi Industri 4.0
Revolusi Industri yang bermula 300 tahun

IR 4.0 mengoptimumkan penggunaan komputer dalam IR 3.0

Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri. Pengenalan Internet membolehkan komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, teknologi komunikasi semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang. Sewaktu Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian Internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang paling baharu ialah 5G.

Apakah maksud revolusi Indsutri 4.0
Revolusi Industri 4.0 yang mengoptimumkan penggunaan komputer dan IT

Kenapa Revolusi Industri 4.0 penting?

Mesin harini dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk membaca keadaan mesin dan operasi yang dijalankan mesin tersebut. Mesin sebelum ini hanya bekerja secara individual dan tiada berlaku pertukaran data. Kemajuan teknologi komunikasi membantu mesin berkomunikasi degan mesin yang lain. Apabila mesin dapat berkomunikasi dengan mesin yang lain, mereka dapat berkongsi maklumat dan membuat keputusan menggunakan data yang diterima. Ini dipanggil sebagai sistem siber-fizikal, iaitu sistem antara maklumat di dalam siber iaitu koleksi data-data penting dan fizikal mesin.

Kewujudan Artificial Intelligence, membolehkan data yang diperolehi dapat digunakan untuk membuat keputusan penting tanpa perlu campur tangan manusia lalu membuatkan mesin hari ini lebih pintar. Hasil daripada sistem yang lebih pintar, kilang akan menjadi lebih efisien dan pembaziran dapat dikurangkan.

Apakah Itu revolusi Industri Keempat
Robot yang digunakan dalam Revolusi Industri 4.0 yang berkomunikasi antara mereka.

Cabaran dan Risiko

Revolusi Industri Keempat bukan sesuatu realiti yang mudah. Terdapat cabaran-cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan perkara ini satu realiti.

Perubahan

Perubahan bukan suatu perkara yang mudah. Untuk berubah, ia memakan masa dan kos yang tinggi. Pekerja dalam organisasi tersebut perlu berubah dari segi skill dan attitude. Organisasi mungkin enggan berubah kearah Revolusi Industri 4.0. Ini kerana mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi dalam infrastruktur teknologi baru yang mungkin menelan belanja jutaan ringgit. Mereka juga perlu berbelanja untuk memberi latihan kepada pekerja mereka untuk mempersiapkan pekerja dengan teknologi baru. Semua perkara diatas bergantung kepada CEO atau pemimpin sesbuah syarikat.

Kerajaan

Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu juga ada revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Kerajaan mungkin gagal untuk mengatur teknologi baru seperti teknologi pengecaman wajah. Kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi rakyat pada masa yang sama, masih menyokong inovasi dan pembagunan teknologi.

Ekonomi

Dari segi ekonomi, revolusi ini akan memberi kesan terhadap ekonomi sesbuah negara. Memang tidak dapat dinafikan, Revolusi Industri 4.0 akan meningkatkan ketaksamaan dalam ekonomi rakyat. Ini kerana, Revolusi Industri Keempat menguntungkan golongan kaya daripada golongan miskin. Gologan kaya dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi mereka.

Peluang Pekerjaan

Perkara yang paling dibimbangkan rakyat ialah peluang pekerjaan mereka dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Dengan adanya teknologi robot, pekerjaan pengendali di dalam kilang akan berkurangan. Kalau hari ini kita dapat lihat banyak orang bekerja dalam servis penghantaran makanan. Mungkin pada masa akan datang, pekerja ini akan diganti dengan kenderaan robot autonomi. Situasi ini dalam fasa percubaan di negara Maju seperti Amerika Syarikat dan Sebahagian negara Eropah.

Dalam situasi ini, peluang pekerjaan bukanlah berkurangan. Tetapi, akan berlakunya anjakan dalam sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, permintaan pekerja berkemahiran tinggi akan meningkat manakala permintaan untuk pekerjaan berkemahiran rendah akan berkurang. Hal ini akan memberi kesan yang pahit kepada pekerja berkemahiran rendah. Walaubagaimanapun, dalam setiap revolusi industri yang terdahulu, perkara ini tidak asing lagi. Ianya memberi kesan pada awal revolusi dan akan pulih setelah berlaku dalam kematangan pihak kerjaan, swasta dan masyarakat. Dari sudut pandang yang positif, masyarakat dalam sesebuah negara akan berganjak daripada masyarakat yang berkemahiran rendah kepada masyarakat berkemahiran tinggi. Tekanan yang berlaku dalam sistem pekerjaan membuatkan masyarakat perlu dalam apa jua sekalipun menjadi seorang pekerja yang mahir.

Pekerja berkemahiran tinggi
Revolusi Industri Keempat yang memerlukan Pekerja berkemahiran tinggi

Persiapan ke arah Revolusi Industri Keempat

Pelbagai pihak perlu mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri Keempat. Tanpa persiapan yang rapi, perubahan yang lancar sukar dicapai, seterusnya akan berlaku kesan negatif terhadap sesebuah negara.

Pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu berfikir tetang kebaikan yang akan diperoleh dengan revolusi ini seperti pengurangan pembaziran, efisiensi syarikat dan pembangunan modal insan. Latihan perlu diberi kepada pekerja supaya mereka bersedia dengan sistem dan situasi yang baharu.

Masyarakat pula perlu membuka minda untuk berubah. Kalau minda masyarakat masih di takuk yang lama, yang takut untuk berubah kerana takut hilang pekerjaan disebabkan revolusi industri yang baharu, msyarakat tidak akan maju. Kata kunci yang penting ialah perubahan dalam taburan pekerjaan daripada bekermahiran rendah kepada berkemahiran tinggi. Masyarakat perlu mempersiapkan diri mereka dan anak-anak mereka dengan pendidikan dan skill berkemahiran tinggi.

Rujukan

www.forbes.com

www.techradar.com

www.pwc.com

www.bernardmarr.com

www.weforum.com

www.circuitdigest.com

Tentang Penulis

6 thoughts on “Apakah itu Revolusi Industri 4.0?6 min read

  1. Nota yang padat dan terbaik… Kami yang bodoh pun belajar IR4. 0.Terima Kasih Tuan. Moga banyak lagi nota dihasilkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *