Apakah itu Meter Pintar?5 min read

Dalam dunia Revolusi Industri 4.0 hari ini, semua benda boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Data dapat dipindahkan dengan pantas menggunakan sistem siber-fizikal. Salah satu contoh aplikasi industri revolusi 4.0 dan IoT adalah meter pintar. Apakah itu meter pintar? Teknologi meter pintar berada dalam fasa penerimaan dari dekad sebelumnya dan dijangka berterusan hingga 2030. Sebanyak 700 juta meter pintar telah dipasang di seluruh dunia. Laporan daripada IoT Analytics berpendapat negara maju seperti Amerika Syarikat telah mencapai fasa kematangan dalam penggunaan meter pintar. Negara-negara Eropah seperti Sweden dan Findland telah mencapai penembusan 80%. Di UK pula, sungguhpun kebanyakkan rumah telah memasang meter pintar, namun mereka boleh dikatakan lewat berbanding negara-negara Eropah lain. Di Asia Pasifik pula masih ketinggalan berbanding negara barat, namun dijangkakan akan menjadi pasaran yang hangat selepas 2020. Walaubagaimanapun, tidak semua negara bercadang untuk meningkatkan kadar penembusan meter pintar, seperti Jerman dan Portugal kerana analisis kos-faedah mereka yang negatif.

Di Malaysia pula, syarikat pembekal elektrik TNB( Tenaga Nasional Berhad) pula bercadang untuk memasang 9.1 juta meter pintar sebelum 2026. Direktor Ahli Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Ir Roslee Esan berkata sejumlah 1.5 juta meter pintar telah dijadualkan untuk dipasang di premis pengguna di Melaka dan kawasan tertentu di Lembah Klang. TNB telah memulakan pemasangan meter di bawah projek perintis mereka di Melaka dan Putrajaya sejak 2014 hingga 2016. Apakah itu meter pintar? Kenapa syarikat pembekal tenaga berpusu-pusu untuk memasang meter pintar?

Apakah itu Meter Pintar?

Meter pintar merupakan sebuah peranti elektronik yang merekod informasi seperti penggunaan tenaga elektrik, voltan dan faktor kuasa. Meter pintar memaparkan info tersebut kepada pengguna supaya gambaran yang lebih jelas dapat dilihat dalam penggunaan elektrik. Pembekal elektrik juga mampu memantau penggunaan dan mengecas bil tanpa perlu berada di premis penguna secara fizikal. Ini kerana, meter pintar membolehan komunikasi dua hala antara meter dan sistem pusat. Sistem pusat mampu menghantar isyarat kepada meter untuk mengawal perkakasan elektrik di premis. Data yang dihasilkan dihantar ke sistem pusat pembekal tenaga menggunakan gelombang radio frekuensi seperti LoRa, Zigbee dan Wi-SUN.

Beza Tiga Jenis Meter Pintar

Terdapat tiga jenis meter elektrik. Yang biasa dilihat ialah meter mekanikal. Teknologi meter selepas mekanikal ialah meter elektronik. Yang paling baharu ialah meter pintar.

Meter Mekanikal

Apakah itu Meter Pintar?
Sumber: [email protected] at en.wikipedia, CC BY-SA 2.5 via Wikimedia Commons
  • Hanya mengira kuasa sebenar.
  • Kiraan dibuat menggunakan putaran cakera konduktif bukan magnet.
  • Kelajuan putaran berkadar dengan tenaga yang melalui meter ini.
  • Meter ini menggunakan sedikit tenaga (lebih kurang 2W), yang ditanggung pembekal elektrik.

Meter Elektronik

Apakah itu Meter pintar?
Sumber: Angelsharum, via Wikimedia Commons
  • Kiraan dibuat secara elektronik, menggunakan ADC (Analog to Digital Converter).
  • Boleh mengira voltan, arus elektrik, kuasa sebenar, kuasa reaktif dan faktor kuasa.
  • Boleh menghantar bacaan meter terus ke pembekal elektrik.

Meter Pintar

Sumber: EVB Energy LtdCC BY-SA 3.0 via Wikimedia Commons
  • Mempunyai kesemua ciri-ciri meter elektronik.
  • Namun, mempunyai satu kelebihan iaitu mampu mengawal perkakasan, berkomunikasi secara dua hala dengan sistem pusat.

Kelebihan Meter Pintar

Kelebihan meter pintar pada pengguna
Sumber: TNB

Kepada Pengguna

  • Proses pengebilan dibuat secara automatik. Tiada lagi pekerja tenaga akan membaca meter anda. Di sesetengah negara luar, pengguna tidak lagi perlu membaca meter mereka sendiri setiap bulan.
  • Meter pintar boleh boleh memberikan data ke dalam apps. Dalam konteks Malaysia, terdapat apps myTNB yang membolehkan anda memantau penggunaan tenaga anda untuk menjimatkan kos.

Kepada Pembekal Tenaga

  • Bacaan yang tepat. Tiada lagi caj yang dianggar.
  • Mengetahui kuasa sebenar, kuasa reaktif dan faktor kuasa pada sebelah pengguna.
  • Tiada lagi bacaan meter secara manual, sejurus itu mengurangkan kerja yang kurang produktif.
  • Pembekal tenaga mampu mengawal beban elektrik pengguna seterusnya mengurangkan kebarangkalian blackout berlaku di sesuatu kawasan.

Cabaran Implementasi Meter Pintar

Sekuriti siber dalam Revolusi Industri 4.0

Sekuriti

Seperti peranti bersambung anda yang lain, meter pintar juga mempunyai risiko sekuriti kepada pengguna. Meter pintar berkomunikasi dengan sistem pusat 24/7, menjadikan rumah anda terbuka luas untuk diserang oleh penggodam. Penggodam yang tidak bertanggunjawab boleh mengubah bill, mengambil data anda dan mereka berpotesi mengetahui sama ada anda berada di dalam rumah ataupun tidak dengan melihat penggunaan tenaga semasa anda. Setakat ini tiada lagi serangan yang melibatkan meter pintar di dunia. Namun, ianya penting untuk pembekal tenaga mengambil berat tentang sekuriti. Di Malaysia, terdapat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mewajibkan ciri-ciri sekuriti seperti penyulitan data, pengesahan dan perlindungan kata kunci untuk memastikan rangkaian meter pintar anda tidak diceroboh.

Privasi

Di negara Eropah, privasi merupakan sebuah kebimbangan yang besar. Walaupun meter pintar tidak boleh melihat dan mendengar anda, namun dengan memantau trend penggunaan tenaga anda di rumah, alat ini mampu mengagak perkakasan elektrik apakah yang anda gunakan. Dalam erti kata lain, meter pintar mampu mengambil data persendirian anda. Sama seperti Facebook mengambil data anda dan menjual kepada pengiklan, data dari meter pintar juga mempunyai potensi yang sama. Akta Perlindungan Peribada 2010 memainkan peranan untuk melindungi data pengguna dalam hal ini.

Mitos Radiasi berbahaya

Kebanyakan peranti digital seperti telefon pintar dan penghala Wi-Fi mengeluarkan sejumlah gelombang radio frekuensi (RF) untuk menghantar meklumat. Sama seperti meter pintar. Meter pintar mengeluarkan hanya 0.1 mikrowatt per sentimeter persegi. Untuk sesebuah peranti selamat digunakan oleh manusia, gelombang RF yang disarankan adalah di bawah 1000 mikrowatt per sentimeter persegi. Malah meter pintar telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sejurus itu membuktikan meter pintar tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

Rujukan

https://en.wikipedia.org/wiki/Smart_meter

https://www.tnb.com.my/residential/smartmeters

https://Iot-Analytics.com/smart-meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *