Sembilan Tiang Revolusi Industri 4.07 min read

Apakah itu Revolusi Industri 4.0 ?

Artikel ini menjelaskan dengan lebih mendalam tentang Industri 4.0. Sebelum kita merungkai apakah sembilan tiang dalam Industri 4.0, baik untuk kita mengetahui secara kasar apakah itu Industri 4.0. Secara ringkas, Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden.

Untuk membaca mengenai Revolusi Industri yang sebelumnya, cabaran dan persiapan Industri 4.0, boleh lawat artikel kami:
Apakah itu Revolusi Industri 4.0?


Sembilan tiang utama revolusi industri 4.0
Revolusi Industri Keempat yang merangkumi sembilan tiang utama.

Ianya tidak menjadi revolusi jika hanya satu daripada tiang tersebut wujud dalam sesebuah organisasi. Integrasi antara dua atau lebih tiang tersebut, contohnya IoT dan Big Data menjadikan sesebuah kilang itu pintar. Revolusi ini akan meningkatkan produktiviti dan menggalakkan pertumbuhan industri.

Sembilan tiang membawa kepada Industri 4.0

1. Big data dan Analitik data

Big data dan analitik data
Analitik data penting untuk mendapatkan gambaran luas sesuatu proses.

Data amat penting untuk kita memahami sesuatu daripada sudut pandangan yang lebih luas. Sebab itu kita diajar di sekolah untuk menganalisis data di dalam mata pelajaran Matematik. Yang membezakan hari ini dengan dulu ialah, kita mampu menjana data jauh lebih banyak berbanding dahulu dengan kemudahan teknologi.

Kelebihan dalam analitik data boleh digunakan dalam sektor pembuatan untuk mengurangkan downtime dan pembaziran. Jika berlaku sebarang masalah di dalam kilang, data akan diambil dan corak akan dikenal pasti supaya waktu untuk rutin baik pulih perlu dibuat dapat diramal.

2. Simulasi

Simulasi dalam Revolusi Industri 4.0
Penggunaan simulasi dalam merancang sesuatu proses.

Simulasi kerap digunakan di dalam penciptaan sesuatu produk. Ianya juga boleh digunakan di dalam skop yang lebih besar contohnya dalam penstrukturan semula proses dalam sesebuah kilang. Dengan ini, masalah yang mungkin berlaku dapat dikenal pasti dalam peringkat yang lebih awal. Contohnya, jika sesebuah kilang tersebut ingin menukar robot yang lama kepada robot yang baru, simulasi boleh dijalankan dengan pelbagai pembolehubah seperti kelajuan robot tersebut. Jika robot tersebut beroperasi dengan terlalu laju, ia mungkin akan rosak. Dan ini boleh dikenal pasti dalam proses simulasi.

3. Integrasi Sistem

Integrasi sistem dalam revolusi industri 4.0
Setiap sistem dan fasiliti di integrasikan untuk memastikan kelancaran pada setiap fasiliti.

Sesebuah syarikat mungkin ada lebih daripada satu fasiliti untuk menghasilkan sesuatu produk. Selain robot yang berkomunikasi antara mereka dalam satu kilang, fasiliti juga boleh berkomunikasi dengan fasiliti yang lain. Ini dapat membantu jika satu fasiliti mempunyai masalah, fasiliti lain akan meningkatkan kadar penghasilan untuk mengganti kerugian masa yang dialami.

4. Industrial Internet of Things (IIoT)

IoT dalam revolusi industri 4.0
Setiap mesin dan robot akan dilengkapi degan sensor seterusnya menghantar maklumat kepada robot yang lain atau pusat pangkalan data.

IoT terdiri daripada ekosistem sensor dan penggerak yang bersambung dengan Internet. Ini membolehkan mereka berkomunikasi antara mereka. Sebab kenapa perkara ini penting adalah jika sesuatu bahan pembuatan dalam fasiliti hampir habis, sensor dapat mengesan dan menghantar isyarat kepada Jabatan Inventori untuk memesan bahan yang baharu. Ini belaku tanpa penglibatan manusia dan akan mengurangkan masa mesin berada dalam keaadan tidak aktif sekiranya bahan telah habis.

5. Robot Autonomi

Penggunaan robot dalam industri 4.0
Contoh robot yang telah digunakan dalam gudang syarikat Amazon.

Teknologi robotik telah lama wujud lagi sejak 1948. Robot biasa berfungsi oleh arahan yang ditulis oleh pengaturcara dan hanya bekerja berpandukan arahan tersebut. Ini berbeza dengan robot autonomi.

Robot autonomi beroperasi menggunakan logik algoritma yang kompleks. Ini bermaksud mereka tidak memerlukan arahan atau laluan yang harus ditentukan lebih awal. Robot tersebut mampu bergerak degan sendiri tanpa pelanggaran dengan halangan dihadapan mereka. Dalam kata mudah, robot autonomi mampu berdikari. Contohnya, ia berkobolehan untuk mengecas bateri mereka sendiri jika kehabisan bateri. Ini menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu pekerja untuk mengecas bateri tersebut.

6. The Cloud

the cloud atau pengkalan data dalam industri 4.0
The Cloud ialah pangkalan data yang boleh diakses oleh mana-mana pihak yang diberikan akses.

Cloud ialah sistem kawalan dari jauh yang boleh diakses dimana sahaja menggunakan Internet. Contohnya ialah penggunaan dalam sektor e-dagang. Pembeli mampu mengesan dimana barang yang dipesan secara atas talian. Ini dibantu oleh data yang dihantar oleh sensor di gudang dan van penghantar kepada pangakalan data di dalam sistem Cloud. Dengan ada kemudahan ini, pelanggan akan lebih mempercayai syarikat tersebut kerana ketelusan mengenai keberadaan barang mereka. Ini sebaliknya, jika pelanggan tidak tahu dan sentiasa risau bila barang mereka akan sampai.

7. Sekuriti Siber

Sekuriti siber dalam Revolusi Industri 4.0
Data-data sensitif yang dihasilkan dalam Industri 4.0 perlu dilindungi oleh sistem sekuriti siber yang utuh.

Sekuriti siber penting untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0. Pengguna dan pelanggan mementingkan privasi data mereka dijaga oleh sesebuah organisasi. Apabila data yang banyak disimpan dan boleh mudah untuk diakses, ianya cenderung untuk digodam dan data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini tidak bermaksud semua data yang ada dalam sistem Cloud boleh digodam. Dengan sekuriti siber yang ketat, perkara ini dapat dielakkan.

8. Augmented Reality

Augmented reality dalam industri 4.0
Penggunaani Augmented Reality yang tidak memerlukan alatan fizikal.

Augmented Reality berasal daripada teknologi simulasi kapal terbang. Harini ianya dapat diaplikasi oleh pelbagai sektor. Contoh yang boleh kita gambarkan ialah dalam kerja membaik pulih peralatan yang bernilai jutaan ringgit. Sebelum proses membaik pulih dijalankan, pekerja boleh berlatih menggunakan Augmented Reality. Justeru, kerugian dapat dikurangkan jika kesilapan disebabkan kekurangan pengalaman berlaku.

9. Additive Manufacturing

additive manufacturing dalam revolusi industri 4.0
Bahagian besi boleh dihasilkan dengan menggunakan teknologi Additive Manufacturing. Gambar: digifabster.com

Sejak beribu tahun lagi proses pembuatan melibatkan pembuangan atau penghakisan bahagian yang tidak diperlukan sehingga bentuk yang diingini diperoleh.Sebagai contoh, kita oleh lihat dalam proses pembutan bahgian besi menggunakan mesin pengilangan (CNC machine). Teknik pembuatan ini dipanggil Subtractive Manufacturing. Boleh kita lihat pada namanya, teknologi ini menghasilkan banyak pembaziran bahan pembuatan.

Proses yang lebih baik dan kurang pembaziran dalam pembuatan dipanggil Additive Manufacturing. Terdapat syarikat yang telah pun menggunakan Additive Manufacturing seperti penggunaan mesin pencetakan 3D untuk membuat prototaip. Sebagai contoh, syarikat automotif Jerman, BMW menggunakan teknologi pencetakan 3D untuk menghasilkan prototaip bagian besi kereta. Teknologi ini juga mampu memberi peluang untuk reka bentuk yang kompleks, yang mustahil dilakukan oleh proses pembuatan konvensional.

Rumusan

Berikut merupakan sembilan tiang utama dalam Revolusi Industri 4.0. Kini, tinggal peranan anda untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi Industri 4.0 yang akan mengubah situasi industri yang sedia ada. Terdapat syarikat yang telah pun menggerakkan organisasi mereka kearah Industri 4.0. Pelajarilah kemahiran baharu yang melibatkan salah satu daripada tiang utama tersebut. Supaya, anda tidak ketinggalan dalam menyertai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

5 thoughts on “Sembilan Tiang Revolusi Industri 4.07 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *