Mengapa jalan raya rosak semasa banjir?3 min read

0

Pernahkah anda terlihat banyak jalan raya rosak disebabkan banjir berlaku? Kita sering terlihat di berita media tempatan dan media sosial gambar-gambar lubang pada jalan dan jambatan runtuh akibat banjir yang sangat menakutkan jika kereta kita berada pada waktu kejadian. Mengapakah perkara ini berlaku hanya disebabkan banjir? Banjir di Malaysia kebiasaanya disebabkan oleh hujan lebat dan berpanjangan, pembangunan yang tidak terkawal, dan sistem perparitan yang tidak dipantau.

Pada asasnya, reka bentuk permukaan jalan yang berturap adalah berdasarkan kekuatan tanah yang dipadatkan dalam formasi tanah semula jadi. Ia dikenali sebagai subgred (subgrade) atau asas jalan (road foundation). Oleh itu, subgred ialah bahagian yang penting dalam struktur jalan raya. Apabila jalan dibanjiri untuk tempoh masa yang lama atau berulang kali, bahan di setiap lapisan struktur jalan akan menjadi tepu. Dalam masa yang sama, keadaan asal bawah tanah turut terganggu.

Kerosakan jalan raya yang disebabkan oleh banjir boleh menjadi unik dari satu tempat ke tempat lain. Ini kerana intensiti banjir dan kawasan sekitarnya berbeza dan kerosakan juga boleh dipengaruhi oleh faktor hidraulik, hidrologi, dan geoteknik.

Jenis kerosakan jalan raya

Keadaan tanah yang mempunyai kandungan air yang tinggi untuk jangkan masa yang panjang akan menyebabkan kekuatan tanah subgred menurun. Dalam masa yang sama, enapan (settlement) akan berlaku dengan lebih cepat dan tinggi. Dalam konteks geoteknik, settlement ialah pengerakan tanah secara menegak. Terdapat tujuh jenis keretakan dalam jalan raya iaitu:

  1. Fatigue cracking (turut dikenali sebagai alligator cracking)
  2. Block cracking
  3. Edge cracking
  4. Longitudinal cracking
  5. Transverse cracking
  6. Reflection cracking
  7. Slippage cracking

Tetapi, untuk artikel kali ini, kita akan fokus pada dua jenis keretakan jalan raya yang kebiasaanya berlaku semasa banjir iaitu block craking dan edge cracking.

Terdapat tiga jenis enapan (settlement)
Jenis-jenis settlement (Sumber: geotech)

Keretakan blok

Mengapa jalan raya rosak semasa banjir
Keretakan blok (Sumber: pavement interactive)

Kebiasaannya, jenis kerosakan jalan yang berlaku setelah banjir ialah keretakan blok (block cracking). Ini boleh dilihat dalam gambar yang disertakan. Keretakan blok adalah rangkaian retak yang memisahan turapan kepada kepingan yang tidak teratur. Keretakan blok berlaku disebabkan tanah di bawah jalan raya menerima terlalu banyak air semasa banjir. Kandungan air yang tinggi menyebabkan struktur tanah di bawah jalan raya menjadi lemah dan gagal untuk menampung beban.

Keretakan tepi pada

Keretakan tepi kebiasaannya berlaku pada bahu jalan
Keretakan tepi (Sumber: Murphree Paving)

Selain keretakan blok, terdapat juga keretakan tepi (edge cracking). Keretakan tepi kebiasanya bermula sebagai bentuk melengkung di tepi turapan. Ia akan mengembang dari tepi dan retakan jenis ini disebabkan oleh kekurangan sokongan di bahu jalan yang biasanya disebabkan oleh hakisan dan kelembapan berlebihan.

Konklusi

Kita telah mengetahui mengapa jalan raya rosak semasa banjir. Banjir mengakibatkan pelbagai kerosakan pada infrastruktur fizikal terutamanya infrastruktur jalan raya. Banjir di negeri Pahang pada tahun ini (2020) telah menyebabkan sebanyak 127 jalan negeri dan 70 jalan Persekutuan mengalami kerosakan. Kesannya, kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk membaiki jalan raya. Kerosakan struktur jalan di Gua Musang, Kelantan akan menelan belanja sebanyak RM5.3 juta.

Artikel Berkaitan

Jenis-jenis asas (foundation) dalam pembinaan

Rujukan

https://aip.scitation.org/doi/abs/10.1063/1.5005787

https://www.researchgate.net/publication/292160117_Road_submergence_during_flooding_and_its_effect_on_subgrade_strength

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *