Spot, robot ‘anjing’ ciptaan Boston Dynamics5 min read

0

Boston Dynamics, syarikat robotik berpangkalan di Amerika Syarikat telah melancarkan ciptaan robot seakan-akan seekor anjing yang diberi nama Spot untuk dijual kepada umum pada tahun 2020. Robot berkaki empat ini dicipta dan dibina untuk pelbagai misi dan aplikasi sama ada untuk industri minyak dan gas, pembinaan, perlombongan dan sebagainya. Terdapat dua varian yang telah dibina iaitu varian Enteprise dan varian Explorer. Spot Enteprise merupakan varian terbaharu yang diperkenalkan oleh syarikat itu pada tahun 2021 beserta dengan Scout, sebuah sistem kawalan melalui internet untuk memberikan pengalaman kawalan robot yang lebih kemas dan efisien. Robot Spot ini boleh dikawal dengan alat kawalan dan juga boleh berfungsi secara berautonomi.

Spot ialah sebuah robot berkaki empat yang boleh mengesan persekitaran, menaiki tangga, membuka pintu dan sebagainya.

Kegunaan Dalam Industri

Robot Spot dicipta untuk digunakan oleh pelbagai pemain industri. Antaranya adalah:

  • Pembinaan – Memeriksa projek di tapak pembinaan dan mampu mengaplikasikan teknologi Building Information Modelling (BIM) secara berautonomi.
  • Minyak dan Gas – Mencipta laluan autonomus supaya Spot boleh memeriksa fasiliti dengan sendirinya tanpa manusia.
  • Utiliti – Mencipta laluan autonomus supaya Spot boleh memeriksa kawasan yang beradiasi atau dikawal ketat oleh pagar elektrik.
  • Perlombongan – Mencipta terowong laluan pemeriksaan disamping membawa muatan untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk bekerja.
  • Perkilangan – Membuat pemeriksaan secara berautonomi di dalam kawasan kilang.
  • Keselamatan Awam – Dapat membawa Spot ke arah sesuatu yang kelihatan berbahaya dan mencurigakan seperti paket di jalanan dari jauh.
  • Hiburan – Dapat diprogram untuk melaksanakan pergerakan dinamik dan unik melalui Application Programming Interface (API) sebagai salah satu hiburan awam.
  • Penyelidikan – Dapat menghubungkan sensor-sensor dan perisian secara integrasi untuk menghasilkan aplikasi dengan pemain-pemain industri.

Aplikasi Pelbagai

Dokumentasi Tapak

Integrasi kamera 360 darjah dengan perisian dokumentasi untuk meningkatkan produktiviti pekerja dengan mengurangkan masa pemprosesan data dalam mengendalikan projek.

Mengesan Kebocoran

Penambahan pemprosesan visual oleh perisian CAM pada Spot untuk mengesan kebocoran air atau wap di stesen jana kuasa dan mampu mencatat peralatan yang mengalami penurunan prestasi.

Pengesanan Termal

Memasang kamera termal pada robot Spot untuk mengesan haba yang melampau pada peralatan atau mesin atau pada komponen elektrik/elektronik.

Pengesanan Gas

Memasang sensor gas pada badan robot Spot untuk mengesan kebocoran gas yang berbahaya kepada manusia atau haiwan.

Pengesanan Radiasi

Memasang sensor radiasi pada badan robot Spot untuk mengesan radiasi yang berbahaya kepada manusia atau haiwan di kawasan reaktor nuklear atau berdekatan kawasan kemalangan radiasi.

Pemeriksaan Terowong/Gua

Membawa robot Spot ke bawah tanah atau terowong atau gua untuk memeriksa sebarang keretakan atau ketidakstabilan permukaan untuk memastikan pekerja manusia selamat.

Teleperubatan

Dapat melaksanakan temuduga secara virtual kepada pesakit disamping dapat menghantar ubat dengan diletakkan pada badannya.

Penyelidikan

Dapat integrasi robot Spot dengan sensor-sensor dengan perisian untuk menghasilkan aplikasi dengan pemain indusrtri.

Teknologi yang ada pada Spot

Ciri-ciri spesifikasi varian Explorer dan varian Enteprise

Dua-dua robot ini mempunyai teknologi-teknologi yang canggih namun varian Enteprise mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak berbanding varian Explorer. Kotak di bawah menunjukkan perbezaan ciri-ciri spesifikasi antara dua robot tersebut.

Ciri-CiriVarian ExplorerVarian Enteprise
Kawalan tabletTermasukTermasuk
Gerakan autoTerhad dengan jarak 1000m sahajaJarak misi tanpa had
WiFi2.4Ghz b/g/nSokongan dwi jalur 802.11ac (bergantung kepada
Kuasa muatanSentiasa diaktifkanBoleh diaktifkan menerusi perisian dalam tablet atau API
Pengecasan kendiri—————————-Termasuk dok pengecasan
Muat turun data berkelajuan tinggi—————————-Memuat turun data dengan pantas melalui penyambungan dok Ethernet
Perpindahan data—————————-Penghantaran data prestasi kembali kepada Boston Dynamics

Rujukan

www.bostondynamics.com

www.theverge.com

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *