Penukar Unit Jisim untuk kilogram, gram, dll.4 min read

0
Penukar Unit Jisim / Berat

Penukar Unit Jisim

Kilogram

Gram

Tan

Paun

Auns

Karat

Italian Trulli

Penukar Unit Jisim V1.01

Penafian:
PakcikEngineer.com tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kerugian disebabakan penggunaan alat ini. Sila hubungi kami jika anda percaya terdapat kesalahan yang ketara. Penukar unit jisim ini hanyalah anggaran hampir tepat.

Cara menggunakan alat penukar unit jisim

  1. Masukkan nilai yang anda mahukan pada salah satu unit jisim.
  2. Nilai jisim pada unit berlainan akan muncul secara automatik.
  3. Jika anda mahu masukkan nilai yang baharu, padamkan nilai asal dan masukkan nilai yang baru.
  4. Jika anda mahu masukkan nilai yang baharu pada unit lain, hanya padamkan apa-apa2 nilai yang terdapat pada ruangan dan masukkan nilai baharu.
  5. Alat penukar unit jisim ini direka untuk memudahkan anda boleh melihat perubahan kesemua unit tukaran jisim lain bagi sesuatu unit jisim asal.

Cara menukar unit

Alat penukar jisim tersebut berfungsi dengan menggunakan faktor penukaran. Nilai akan dikalikan atau dibahagikan dengan faktor penukaran tersebut untuk menukar dari satu unit jisim kepada unit jisim yang lain.

Contoh yang mudah adalah 1kg bersamaan 1000g. Ini bermakna, Untuk menukarkan jisim 1kg, kita perlu mendarab 1000:

1 kg \times \textbf{1000} = 1000 g

Sama juga sebaliknya, jika anda ingin menukar unit jisim gram ke kilogram, anda perlu membahagi faktor penukaran tersebut seperti:

1000g  \div \textbf{1000}= 1kg

Berikut merupakan jadual faktor penukaran bagi unit-unit jisim yang lain:

Jadual faktor penukaran bagi unit-unit jisim

Penukaran daripada unit jisim disebelah kanan didarab dengan faktor penukaran untuk mendapatkan nilai dalam unit disebelah kiri.

Unit asalSimbolTukar KepadaSimbolFaktor penukaran (darab)
kilogramkggramg1000
kilogramkgtant1000
kilogramkgpaunlbs2.205
kilogramkgaunsoz32.274
kilogramkgkaratct5000
tantgramg1000000
tantpaunlbs2205
tantaunsoz35274
tantkaratct5000000
paunlbsaunsoz16
paunlbskaratct2267.96
aunsozkaratct141.748

Untuk menukar unit pada arah sebaliknya (dari kiri ke kanan), hanya bahagikan faktor penukaran tersebut.

Fakta menarik tentang unit jisim

  • Di negara kita, dan banyak negara lain di dunia menggunakan unit metrik seperti gram dan kilogram.
  • Di Amerika Syarikat, jisim diukur menggunakan unit imperial seperti paun, auns dan tan.
  • Sebilangan kecil negara yang tidak menggunakan sistem metrik adalah Amerika Syarikat, Myanmar dan Liberia.
  • Kilogram adalah berat bagi satu liter air.
  • Auns atau ounce dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan uncia, sebuah unit jisim daripada zaman Rom Kuno.
  • Karat adalah unit yang digunakan untuk mengukur jisim batu permata dan mutiara.
  • Ironinya, perkataan Karat berasal daripada biji carob atau carob seed, kerana biji karob digunakan untuk mengukur berat barang kemas pada zaman dahulu.
alat penukar unit jisim dan berat
Biji Carob
Biji carob dimana datang asalnya perkataan Karat atau Carat.
Gambar: BIYIKLIVIKI, via Wikimedia Commons

 

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *