Kuasa kuda: Sejarah dan asas-asasnya4 min read

2

Kuasa kuda atau ‘horsepower‘ merupakan antara indikator terpenting untuk menentukan kekuatan enjin untuk sesuatu jentera atau kata lain kerja terlaku (work done) dengan nilai tork dan kelajuan. Jika anda perasan, kebanyakan atau kesemua iklan kenderaan mengguna pakai indikator kuasa kuda untuk di iklankan. Malah, indikator ini masih digunakan sehingga sekarang.

Sejarah kuasa kuda

Terma ini mula diperkenalkan oleh seorang jurutera dan cikgu berbangsa Scotland bernama James Watt pada lewat tahun 1700. Beliau merupakan seorang jurutera, pencipta dan juga seorang guru.

Image result for james watt horsepower
Potrait James Watt

Beliau banyak berjasa dalam mengembangkan pencapaian teknologi pada waktu revolusi perindustrian dengan pengenalan enjin stim. Penciptaan enjin stim merupakan kejayaan yang besar untuk beliau sehinggakan beliau menjadi seorang yang kaya. Namun, beliau mengalami kesukaran untuk memasarkan ciptaan beliau kepada golongan yang bergantung sepenuhnya kepada haiwan kuda seperti petani dan pelombong untuk melakukan kerja-kerja mekanikal.

Namun pada waktu itu, ketika sedang menjual enjin stim ciptaan beliau, beliau ditanya tentang berapa ekor kuda yang mampu digantikan oleh sebuah enjin stim. Hal ini telah memberikan idea kepada James untuk memasarkan ciptaannya dengan menggunakan kuasa kuda atau ‘horsepower’ sebahagian daripada unit ukuran.

Selain itu, beliau juga menjalankan eksperimen bersama pelombong di lombong. Beliau menyambungkan beban arang dengan kuda melalui sistem takal yang disambungkan bersama. Melalui pengiraan beliau, seekor kuda mampu menarik beban arang sebanyak 33,000 kaki paun per minit atau bersamaan dengan 44742 Newton meter/minit.

Horsepower illustration
Gambar rajah eksperimen yang dijalankan oleh James Watt

Malah, bukan itu sahaja, James Watt juga telah diberi penganugerahan oleh SI (International Standard) untuk diletakkan namanya sebagai unit kuasa, iaitu Watt. Maka, satu kuasa kuda bersamaan dengan 746 Watt.

Perbezaan kuasa kuda dan tork

Masih terdapat sesetengah orang yang keliru akan perbezaan tork dan kuasa kuda.

Tork pula adalah ungkapan kepada daya pusingan. Untuk skop kenderaan, enjin berputar pada paksinya seterusnya menghasilkan tork.

Kuasa kuda pula ialah berapa pantas daya tersebut dihasilkan. Kekuatan yang dihasilkan oleh enjin dipanggil kuasa kuda. Untuk enjin kenderaan, unit ini kebiasaannya dikaitkan dengan halaju. Jika anda ingin bergerak lebih pantas, anda memerlukan lebih kuasa kuda.

Namun, kedua-dua tork dan kuasa kuda memainkan peranan penting terhadap kelajuan sesebuah kenderaan walaupun mereka bukan perkara yang sama.

Contohnya, kereta lumba beroperasi dengan rpm yang tinggi mempunyai kuasa kuda yang tinggi, namun tork yang rendah. Bermaksud, sejumlah kecil daya dikenakan pada kadar yang tinggi.

Sebaliknya, kebanyakan trak dan bas mempunyai tork yang tinggi dan kuasa kuda yang rendah. Mereka perlu melakukan kerja yang besar namun tidak perlu dilakukan dengan pantas.

Kuasa kuda banyak digunakan untuk kereta lumba bergerak dengan laju melalui sistem gear manakala traktor pula banyak menggunakan tork untuk aktivti menolak dan menarik beban yang sangat berat.

Ukuran unit

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu kuasa kuda ialah daya yang dikenakan untuk menggerakkan 33,000 kaki paun per minit. Oleh itu, terdapat suatu alat yang digunakan untuk mengukur unit ini iaitu dynamometer. Dynamometer akan mengukur hasil keluaran tork dan juga ‘revolutions per minute’ atau RPM. Selepas mendapat nilai tersebut, ia akan dimasukkan kedalam formula seperti di bawah;

Kuasa\:kuda (hp) = Tork\times (\frac{RPM}{5252})
Image result for dynamometer
Salah satu jenis dynamometer yang digunakan.

Bagaimana ia berkait dengan enjin kenderaan

Unit ini yang telah dicipta oleh James Watt telah diguna pakai oleh pengeluar kenderaan darat seperti kereta, lori, trak dan sebagainya sehingga ke hari ini. Sebab utama unit ini diguna pakai ialah sebagai ukuran kerja yang dilakukan oleh haiwan kuda bukannya seberapa banyak arang batu yang mampu ditarik dalam masa seminit. Unit ini sangat membantu kerana nilainya yang sangat konsisten. Namun, unit ini sahaja tidak cukup untuk menggambarkan prestasi kenderaan itu sepenuhnya. Ia juga dapat memberikan sedikit idea bagaimana ‘kuasa’ sesebuah kenderaan itu jika dibandingkan dengan yang lain. Salah satu contoh ialah seperti dalam artikel berkenaan trak Cybertruck melakukan aksi tarik tali dengan trak Ford F-150.

Image result for proton x50
Kereta model X50 berjenama Proton

Rujukan

www.britannica.com

www.cars.usnews.com

Tentang Penulis

2 thoughts on “Kuasa kuda: Sejarah dan asas-asasnya4 min read

  1. Sebuah artikel yang baik dan mudah penjelesannya. Terima kasih kepada penulis. Namun saya ada persoalan berkenaan dengan kenyataan diatas dan saya nyatakan dibawah ini untuk di kaji semula:

    “Tork banyak digunakan untuk kereta lumba bergerak dengan laju melalui sistem gear manakala traktor pula banyak menggunakan kuasa kuda untuk aktivti menolak dan menarik beban yang sangat berat.”

    Berharap penulis membetulkan sekiranya pandangan saya tersalah. Sefaham saya adalah sebaliknya, kenderaan berat (traktor dll) yg memiliki kapasiti enjin dengan size yg sama sebagai contoh (2L) pada ukuran akan memiliki kuasa kuda yang sangat kecil berkemungkinan hanya 50HP jika dibandingkan dengan kereta yang boleh mencapai 160HP pada ukuran yang sama . Namun, tork yang dihasilkan adalah sangat besar bagi enjin kenderaan berat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *