Kehadiran Cybertruck bakal mencabar trak pikap yang lain?4 min read

1

Jika anda merupakan seorang peminat sains fiksyen, anda mesti tahu akan kehadiran kenderaan baharu yang bernama Cybertruck keluaran syarikat kenderaan elektrik terkemuka dunia, Tesla.

Visi kenderaan ini telah direalisasikan oleh Elon Musk yang juga merupakan pengasas kepada syarikat gergasi yang lain iaitu SpaceX dan Neuralink.

Cybertruck telah diperkenalkan kepada umum pada 21 November 2019. Pengenalan kenderaan ini mencetuskan kekecohan dunia automotif kerana reka bentuknya yang lain dari yang lain. Reka bentuk kenderaan ini ibarat direka khusus untuk ekspedisi planet Marikh bukan?

Tetapi tidak. Ianya sebuah trak pikap yang bakal dibuat dan dijual secara komersial bermula pada tahun 2021!

Buat pengetahuan anda, pra tempahan untuk trak ini telah mencecah sehingga 250, 000 tempahan dalam masa seminggu sahaja.

Ini menunjukkan bahawa kenderaan elektrik atau EV semakin mendapat penerimaan masyarakat umum.

cybertruck tesla
Rekaan futuristik trak elektrik terbaharu daripada Tesla. Gambar: Tesla

Spefikasi Cybertruck

Enjin, transmisi dan prestasi

Terdapat tiga varian yang dijual oleh Tesla untuk trak ini. Varian pertama ialah model Single Motor manakala varian kedua dan ketiga ialah varian Dual Motor dan Triple Motor.

Harga untuk varian pertama atau spefikasi terendah ialah sebanyak 39,900 USD manakala model dengan spefikasi tertinggi iaitu Triple Motor boleh mencecah sehingga 69,900 USD.

Perbezaan enjin ini bermakna kelajuan yang dapat dicapai berbeza-beza. Perbezaan pecutan dan kelajuan maksimum dapat dilihat dibawah;

  • Single Motor – Pecutan sehingga 97 km/h dalam 6.5 saat dan kelajuan maksima ialah 178 km/h.
  • Dual Motor – Pecutan sehingga 97 km/h dalam 4.5 saat dan kelajuan maksima ialah 190 km/h.
  • Triple Motor – Pecutan sehingga 97 km/h dalam 2.9 saat dan kelajuan maksima ialah 210 km/h.

Selain itu, trak ini juga menggunakan suspensi udara dimana ianya dapat mengubah ketinggiannya dari rendah ke tinggi seterusnya menjadikan ia sebuah trak yang sangat fleksibel.

Kekuatan tarik dan kapasiti muatan

Syarikat Tesla mendakwa trak ini mampu mempunyai kekuatan untuk menarik sebuah objek seberat 6350 kilogram dengan varian Triple Motor.

Manakala untuk varian pertama dan kedua, masing-masing mempunyai kekuatan menarik objek seberat 3400 kilogram dan 4500 kilogram.

Keupayaan ini menjadikan Cybertruck sebagai saingan yang hebat terhadap pesaingnya yang lain seperti trak Ram 1500.

Malah, terdapat satu video viral di Internet dimana trak Cybertruck memenangi acara tarik tali dengan trak konvesional Ford F-150;

Video tarik tali di antara Cybertruck dan F-150. Video: CNBC TV

Jangka hayat bateri dan keupayaan mengecas

Setiap pembelian trak ini akan diberikan kabel pengecasan 250 kW secara percuma. Namun, buat masa sekarang butiran mengenai jenis bateri yang digunakan tidak diumumkan oleh syarikat Tesla.

Selain itu, jauh maksimum perjalanan adalah berdasarkan jenis varian enjin masing-masing;

  • Single Motor – 400 kilometer
  • Dual Motor – 482 kilometer
  • Triple Motor – 804 kilometer

Interior dalaman

Rekaan kokpit trak Cybertruck begitu minimalistik dan juga sangat futuristik. Interior dalaman ini dilengkapi dengan skrin sentuh yang besar bersaiz 17 inci di tengah tengah kokpit.

Semua butang kawalan seperti penghawa dingin, radio dan sebagainya dikawal secara digital!

Stereng trak ini juga direka dengan bentuk segi empat dimana ianya berbeza dengan rekaan konvesional stereng kereta yang sedia ada.

Selain itu, trak ini juga mempunyai 5 kerusi untuk penunggang dan juga pemandu. Boleh lihat interior trak ini dibawah.

interior dalaman cybertruck
Interior dalaman trak Cybertruck. Gambar : Tesla

Kelebihan Cybertruck berbanding pesaing-pesaing lain

Electric Vehicle (EV)

Kenderaan elektrik atau EV semakin hari semakin popular di seluruh pelusuk dunia. Ia juga akan menjadi kenderaan terpenting pada masa hadapan kerana keupayaannya mengurangkan penggunaan karbon.

Kenderaan jenis ini juga berperanan mengurangkan pencemaran udara secara langsung. Hal ini dapat dibuktikan dengan kerajaan Kanada yang terpaksa menanggung kos pencemaran udara sebanyak berbilion dolar setiap tahun!

Ini baru sahaja negara Kanada. Bayangkan jika kita melihat perspektif daripada negara-negara yang mempunyai hak milik kenderaan petrol/diesel yang banyak seperti China dan India.

Untuk memastikan bekalan dan permintaan elektrik terkawal, teknologi pek bateri baru iaitu Vehicle to Grid (V2G) sedang giat dikaji di seluruh dunia.

Teknologi ini membantu kenderaan EV untuk bukan sahaja menerima tenaga eletrik daripada tempat pengecasan, malah mampu menjadi penyimpan tenaga elektrik secara bergerak lantas menjadikan ia sebahagian daripada sistem grid.

Teknologi ini juga dapat menjadikan trak EV sebagai pembekal elektrik kepada rumah yang putus bekalan elektrik. Oleh hal yang demikian, trak Cybertruck sudah semestinya akan dilengkapi dengan teknologi ini.

Tesla

Kelebihan teknologi yang terdapat pada syarikat Tesla juga adalah kelebihan kepada trak Cybertruck ini. Hal ini kerana Tesla mempunyai rangkaian pengecasan yang sangat canggih dimana pemilik kenderaannya dapat mengecas kenderaan mereka dengan sangat pantas. Teknologi ini dinamakan sebagai Supercharger.

Selain itu, kelebihan syarikat Tesla juga ialah mereka juga telah melabur dengan begitu banyak dalam teknologi dan pembuatan pek bateri sejak ia ditubuhkan.

Kilang pembuatan mereka iaitu Gigafactory juga menggunakan sumber tenaga hijau seperti solar untuk mengurangkan pengeluaran karbon lantas dapat mengurangkan harga produk mereka berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain.

Tentang Penulis

1 thought on “Kehadiran Cybertruck bakal mencabar trak pikap yang lain?4 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *