Kebanyakkan kedai atau bengkel membaiki kereta mempunyai mekanisma yang boleh membuatkan kereta tersebut diangkat untuk memudahkan pembaikan dari bawah. Mekanisma-mekanisma tersebut mengguna pakai Prinsip Pascal.

auto mechanic certification in Montreal

Apakah itu Prinsip Pascal

Prinsip Pascal menyatakan bahawa apabila cecair di dalam bekas yang tertutup dikenakan tekanan, ia akan dipindahkan secara seragam ke semua arah. Antara syarat utama Prinsip Pascal ialah bekas mestilah dalam keadaan tertutup.

Tekanan ialah suatu daya yanng bertindak ke atas luas permukaan dalam arah yang berserenjang (perpendicular).

Aplikasi Dalam Kehidupan Seharian

Sistem Hidraulik

Terdapat pelbagai aplikasi yang mengguna pakai Prinsip Pascal kita dapat jumpa dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah pam hidraulik dan brek hidraulik kereta.

Pam Hidraulik

\frac{F1}{A1}=\frac{F2}{A2}
P1=P2

Formula:

  • F = Daya (N)
  • A = Luas Permukaan (m2)
  • P = Tekanan (N/m2)
  • Sistem hidraulik mengguna pakai Prinsip Pascal dimana pemindahan tekanan boleh berlaku di dalam cecair.
  • Apabila omboh yang mempunyai keluasan permukaan bersaiz kecil A1 dikenakan tekanan oleh daya F1, satu daya yang lebih besar iaitu F2 akan dihasilkan di omboh bersaiz besar A2.
  • Ini menunjukkan bahawa tekanan yang dihasilkan di A1 adalah sama di A2.
  • Pam hidraulik sangat popular digunakan di bengkel-bengkel pembaikan kenderaan empat roda untuk mengangkat kenderaan yang berat.

Cecair yang biasa digunakan sebagai medium pemindahan tekanan ialah minyak. Hal ini demikian kerana minyak tidak akan menghasilkan gelembung udara di samping mempunyai keupayaan sebagai pelincir.

Jika air digunakan, ia akan menyebabkan permukaan besi berkarat seterusnya menyebabkan masalah kepada sistem hidraulik tersebut.

Brek Hidraulik Kereta

Terdapat dua jenis brek yang terdapat di dalam kereta iaitu brek dram pada roda belakang dan brek piring yang diletakkan pada roda hadapan.

  • Apabila pedal brek ditekan oleh pemandu, tekanan yang dikenakan pada cecair akan dipindahkan ke keempat-empat roda kereta tersebut.
  • Pemindahan tekanan pada roda-roda hadapan akan menyebabkan omboh ditolak sehingga bersentuhan dengan dua belah piring keluli. Ini akan menyebabkan daya geseran berlaku dan seterusnya memperlahankan kereta.
  • Selain itu, pemindahan tekanan pada roda-roda belakang akan menyebabkan omboh ditolak sehingga sepasang kasut brek bersentuhan dengan brek dram seterusnya memperlahankan kereta disebabkan oleh daya geseran yang berlaku.

Perbezaan paras cecair dalam sistem hidraulik

  • Berdasarkan rajah di atas, apabila omboh A ditolak ke bawah sepanjang jarak h1, omboh B juga akan ditolak ke atas sepeanjang h2.
  • Perubahan paras cecair pada omboh A dan B boleh dikira jika luas permukaan A dan B adalah sama. Pengiraan adalah seperti persamaan berikut di bawah:
h1A1=h2A2

Teori sistem hidraulik

Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik iaitu bendalir yang ketiadaan bentuk, bendalir tidak boleh dimampatkan, kemampuan untuk memindahkan tekanan ke semua arah dan kemampuan untuk digunakan dalam kerja berat;

  • Bendalir yang ketiadaan bentuk – Bendalir akan mengisi ruang kosong sesuatu objek dengan mudah sekali. Ciri-ciri ini sangat sesuai untuk sistem hidraulik yang mempunyai rekaan komponen yang rumit.
  • Bendalir tidak boleh dimampatkan – Bendalir merupakan medium yang tidak boleh dimampatkan dengan mudah. Oleh hal yang demikian, ia sangat sesuai digunakan kerana ia mampu memindahkan tekanan yang dikenakan ke tempat lain.
  • Kemampuan untuk memindahkan tekanan ke semua arah – Sistem hidraulik menggunakan konsep hukum Pascal dimana tekanan yang diberikan adalah sama dengan tekanan yang dikeluarkan pada tempat lain.
  • Kemampuan untuk digunakan dalam kerja berat – Sistem hidraulik mampu untuk digunakan untuk kerja-kerja berat walapun rekaan sistem yang agak ringkas.

Rujukan

www.pakcikengineer.com

www.rootofscience.com

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *