Teknologi Spatial Reality Display menghasilkan visual 3D tanpa kacamata3 min read
Syarikat Sony Electronics baru-baru ini telah melancarkan produk visual mereka yang terbaharu yang dipanggil sebagai Spatial Reality Display (SR Display). Produk baru ini dibina dengan menggunakan teknologi Sony iaitu Eye-Sensing Light Field Display (ELFD) yang mendapat pengiktirafan dan anugerah daripada industri.
Teknologi baharu daripada Sony ini mempunyai skrin 4K dan paparan 3D atau holografik tanpa perlu menggunakan kacamata 3D. Selain itu, teknologi ini juga dibina khusus untuk pelbagai industri seperti industri automotif, pereka grafik komputer (CG) dan pereka filem untuk menghasilkan paparan 3D.
Bagaimana ia dibina?
Ciri-ciri
Binaan skrin SR Display adalah sama seperti monitor komputer konvensional dengan mempunyai skrin seluas 15.6 inci. Selain itu, skrin ini juga dilengkapi dengan teknologi lapisan kanta mikro dan kamera sensor visual penjejak mata yang berkelajuan tinggi.
Namun, teknologi-teknologi tersebut hanyalah biasa-biasa sahaja jika dibandingkan binaan skrin 3D ini. Skrin ini mempunyai resolusi 4K dengan dibahagikan kepada dua. Ini bermakna resolusi 2K berada di sebelah kiri skrin dan kanan skrin tersebut.
Dengan menggunakan proses algoritma data, lapisan kanta mikro optikal yang diletakkan di atas piksel tersebut mampu mengubah kedudukan mengikut pergerakan mata untuk menghasilkan imej 3D yang tajam dan tepat.
Senarai teknologi yang ada pada Spatial Reality Display
- Sensor Visual Berkelajuan Tinggi – Sensor ini akan mengikuti pergerakan mata secara mendatar dan menegak serentak dalam milisaat.
- Algoritma Data Sebenar – Algoritma data dihasilkan untuk memaparkan visual pada waktu tersebut untuk menghasilkan visual yang lancar.
- Lapisan Kanta Mikro Optikal – Lapisan ini diletakkan betul-betul atas skrin 15.6 inci tersebut.
- Adobe RGB – Skrin ini menyokong gamut warna HDR untuk memastikan warna yang dipaparkan adalah realistik.
Integrasi dengan Software Development Kit (SDK) milik Sony
SDK milik Sony dibina untuk memudahkan pereka untuk menghasilkan kandungan untuk paparan Spatial Reality ini. Selain itu, kit ini juga serasi digunakan bersama alatan piawaian industri seperti Unity dan Unreal Engine.
Dengan ini, pereka dapat menghasilkan kandungan dengan lebih mudah. Jika ingin mengetahui kit ini dengan lebih lanjut, boleh layari laman https://www.sony.net/dev-srd.
Aplikasi Spatial Reality Display (SDR) kepada industri
Teknologi paparan ini bakal memberi manfaat kepada pelbagai industri seperti pembuat filem, jurutera, pereka produk dan sebagainya. Hal ini demikian kerana paparan SR ini memberikan visual yang futuristik, warna yang tepat, kontras dan kecerahan yang baik.
Selain itu, industri automotif juga mendapat manfaat dalam proses mereka, meningkatkan kualiti dan integrasi ke dalam produk kenderaan mereka. Sebagai contoh, syarikat automotif gergasi Volkswagen sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi ini kedalam kilang mereka.
Di samping itu, syarikat Sony Electronics juga bekerjasama dengan Sony Pictures Entertainment dan Columbia Pictures dalam menghasilkan filem Ghostbusters yang terbaharu. Filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2021 dengan menggunakan sepenuhnya teknologi Spatial Reality Display (SDR).