Perbezaan teknologi panel LCD pada skrin komputer8 min read

0
panel va,tn dan ips
Perbezaan panel VA, IPS dan TN. Gambar: techguided

Kebanyakan orang sudah terbiasa bahawa panel monitor komputer dihadiri dengan resolusi dan saiz skrin yang pelbagai. Dari 60Hz sehingga 144Hz, terlalu banyak spesifikasi di pasaran pada masa kini. Kesemua panel yang terdapat di pasaran adalah berasaskan teknologi Liquid Crystal Display (LCD). Terdapat tiga jenis teknologi LCD iaitu TN, IPS dan VA.

Teknologi LCD merupakan pengganti kepada teknologi lama iaitu Light Emitting Diode (LED) dan skrin gas plasma. Selain itu, teknologi ini juga memastikan skrin menjadi lebih nipis berbanding teknologi lama iaitu cathode ray tube (CRT).

Disamping itu, skrin LCD juga menggunakan tenaga elektrik lebih rendah berbanding LED dan gas plasma kerana ia beroperasi bukan dengan menghasilkan cahaya tetapi dengan menyekat cahaya. Ia juga menghasilkan visual dengan menggunakan lampu latar (backlight) daripada cecair kristal.

Bagaimana LCD berfungsi?

Liquid Crystal Dsiplay (LCD) merupakan sejenis panel rata yang menggunakan cecair kristal (liquid crystal) untuk proses penghasilan visual. Cecair kristal tersebut berfungsi untuk membuka dan menutup piksel-piksel supaya dapat memusingkan polarisasi cahaya secara elektronik.

Penapis kaca polarisasi diletakkan di bahagian depan dan belakang piksel tersebut. Selain itu, skrin LCD juga dibuat sama ada dengan grid matriks pasif atau grid matriks aktif. Grid matriks aktif LCD juga dikenali sebagai filem transistor nipis atau thin film transistor (TFT).

Manakala grid matriks pasif pula mempunyai grid konduktor dimana piksel-piksel tersebut diletakkan diantara persimpangan grid. Arus elektrik disalurkan sepanjang konduktor pada grid untuk mengawal penghasilan cahaya oleh piksel.

Walaubagaimanapun, grid matrik aktif mepunyai transistor agar arus elektrik dapat dikurangkan serta dapat mengawal penchayaan piksel. Oleh hal yang demikian, skrin dengan grid matrik aktif ini dapat dibuka dan ditutup dengan lebih kerap seterusnya memperbaiki ‘refresh time’ skrin tersebut.

Dengan ini, skrin LCD yang dibina berasaskan grid matrik aktif merupakan grid yang lebih canggih berbanding grid matrik pasif.

Jenis-jenis panel LCD

Jenis-jenis panel LCD seperti berikut;

  • Twisted Nematic (TN): Jenis panel LCD yang tertua.
  • In-plane switching (IPS): Terma ini dipopularkan oleh LG. Manakala Samsung pula memanggilnya “plane-to-line switching”(PLS).
  • Vertical alignment (VA): Terma ini juga membawa maksud yang sama seperti “super vertical alignment”(SVA) oleh Samsung.

Perbezaan diantara panel-panel ini adalah berdasarkan susunan molekul cecair kristal. Setiap panel mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing maka pilihlah yang terbaik untuk anda.

Twisted Nematic (TN)

Twisted Nematic merupakan sejenis panel LCD yang tertua. Panel ini juga panel pertama yang dibuat secara besar-besaran untuk pasaran. Selain itu, panel ini juga popular dalam kalangan pemain permainan video kompetitif namun bukan dengan editor video atau gambar yang profesional.

Panel TN ini berfungsi daripada kesan ‘twisted nematic‘, dimana kesan ini membolehkan molekul cecair liquid dikawal oleh voltan. Jika ketiadaan voltan, kristal juga akan ‘ditutup’.

Oleh hal yang demikian, molekul cecair kristal tersebut juga dipusingkan secara 90 darjah disamping bergabung dengan lapisan polar untuk membenarkan cahaya lalu. Namun apabila voltan dibuka, kristal tersebut tidak lagi dipusingkan seterusnya menyekat laluan cahaya.

panel TN dan IPS
Perbezaan susunan kristal panel TN dan panel IPS. Gambar: techspot

Kelebihan

Kelebihan panel TN ini hanya pada kebolehannya memaparkan kadar penyegaran atau refresh rate yang tinggi. Panel-panel TN model terbaru sudah mampu mencapai kadar penyegaran sehingga 240Hz.

Kelebihan ini membawa manfaat yang banyak kepada pemain permainan video e-sport secara kompetitif. Mereka dapat menggunakan reaksi pantas mereka dengan lebih baik dengan menggunakan panel ini.

Kos panel ini juga sangat murah jika dibandingkan dengan VA dan IPS maka ia sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai bajet rendah.

Kekurangan

Namun jika dibandingkan dengan panel VA dan IPS, panel TN ini jauh ketinggalan kerana banyak kekurangan ia hasilkan. Antara salah satunya ialah penghasilan warna yang teruk disamping ratio kontras yang rendah jika dibandingkan dengan panel IPS dan VA. Selain itu, sudut penglihatan keseluruhan juga sangatlah terhad lebih-lebih lagi pada paksi menegak.

Sudut penglihatan yang terhad oleh panel TN.

Vertical Alignment (VA)

Panel ini menggunakan cecair kristal yang disusun secara menegak apabila voltan digunakan untuk memberi laluan kepada cahaya. Oleh hal yang demikian, skrin gelap yang baik dapat ditunjukkan kerana ia dapat menyekat cahaya apabila tidak diperlukan. Terdapat dua varian panel VA iaitu SVA Samsung dan AU Optronics AMVA.

Panel ini juga mampu menyediakan ratio kontras yang terbaik dimana pengeluar TV banyak menggunakan panel tersebut. Selain itu, ratio kontras panel ini kebiasaanya dalam lingkungan 3000:1 atau 6000:1 dimana ia sudah cukup baik untuk memancarkan cahaya gelap.

panel VA
Susunan kristal panel VA. Gambar: techspot

Kelebihan

Kelebihan ratio kontras yang tinggi ini dapat mengelakkan panel VA mengalami kerosakan ‘backlight bleed‘ dalam warna gelap dimana terdapat beberapa tompok cahaya yang ‘bocor’ pada skrin. Oleh itu, panel ini sangat sesuai digunakan untuk menonton cerita atau kegunaan biasa.

Selain itu, kelebihan panel VA yang seterusnya ialah sudut penglihatan dan penghasilan warna yang lebih baik daripada panel Twisted Nematics (TN). Panel ini juga sangat sesuai digunakan untuk kerja-kerja yang melibatkan pengeditan warna walaupun ianya tidak sebaik panel IPS.

Kelemahan

Kelemahan nyata panel VA ini adalah piksel-piksel yang mempunyai kadar responsif yang lambat. Penukaran cahaya/warna pada piksel yang lambat akan menyebabkan isu ‘blurring’ pada apa-apa gerakan di skrin. Dalam kes yang lebih rumit, akan terdapat isu ‘comot’ pada visual asap seperti yang ditunjukkan dibawah;

Video yang menunjukkan kadar responsif yang lambat oleh panel VA.

Selain itu, panel VA juga mempunyai penghasilan warna yang tidak bagus dan keseluruhan sudut penglihatan yang lebih terhad jika dibandingkan dengan panel IPS. Keupayaan untuk menghasilkan cahaya terang juga terhad serta kecerahan juga berbeza mengikut sudut penglihatan tertentu.

Disamping itu, panel VA juga mempunyai waktu tindak balas yang lebih perlahan bebanding panel TN dan Nano IPS walaupun terdapat sesetengah model yang mempunyai kadar penyegaran (refresh rates) sehingga 240Hz. Tindak balas yang rendah ini akan menyebabkan isu ‘motion blur’ dan ‘ghosting’.

In-Plane Switching (IPS)

Teknologi panel IPS dihasilkan untuk mengatasi kekurangan yang ada pada panel TN. Hasil daripada ini menyaksikan panel IPS jauh lebih baik daripada panel TN. Namun terma IPS ini umum sahaja kerana Samsung memanggilnya sebagai ‘plane-to-line switching’ atau PLS Technology manakala LG pula memanggilnya sebagai LG Dsiplay atau IPS sahaja.

Berbanding panel TN, panel IPS menggunakan sususan kristal yang berbeza, dimana posisi kristal itu selari dengan elektrod. Selain itu, ia juga menggunakan voltan untuk mengawal pergerakan atau susunan cecair kristal. Maka perbezaan diantara IPS dan TN hanyalah susunan situ dimana panel IPS disusun secara selari manakala VA disusun secara menegak.

susunan kristal ips
Keratan rentas susunan kristal di dalam panel IPS. Gambar: PCmag

Kelebihan

Panel IPS mempunyai sudut penglihatan keseluruhan yang lebih luas berbanding panel TN disamping mengekalkan warna yang tepat. Selain itu, panel ini juga mampu menghasilkan garmut warna yang lebih luas iaitu sekitar 24-bit RGB seterusnya menghasilkan visual yang warna-warni.

Panel IPS juga mampu memancarkan visual dengan baik walaupun dibawah sinaran matahari. Hal ini kerana panel ini mampu menghasilkan pencahayaan yang sangat terang untuk sesebuah monitor iaitu sekitar 350 cd/m^2.

Sudut penglihatan oleh panel IPS.

Kekurangan

Ratio kontras yang dihasilkan oleh panel IPS tidak sehebat panel VA. Kebiasaan ratio yang dihasilkan oleh panel IPS adalah 1000:1 sahaja manakal panel VA ialah 3000:1. Hal ini demikian kerana susunan kristal yang berbeza.

Selain itu, panel IPS juga banyak menggunakan elektrik berbanding panel lain. Kegunaan elektrik oleh IPS adalah lebih 15% berbanding panel TN. Di samping itu, jika dibandingkan dengan panel TN, kadar penyegaran panel IPS lebih perlahan. Kebiasaan kadar penyegaran untuk model TN adalah 1ms manakala panel IPS adalah sekitar 4ms atau 5ms. Lagi rendah nombor lebih baik. Namun, LG pada tahun ni telah memperkenalkan panel IPS yang pertama yang menyokong kadar penyegaran 1ms.

Rumusan

Konklusinya, semua panel-panel yang berada di pasaran iaitu VA, TN dan IPS mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ketiga-tiga panel ini adalah dibawah teknologi LCD. Jika anda ingin menentukan pilihan monitor yang terbaik untuk anda, pastikan spesifikasi panel tersebut sesuai dengan aktiviti anda.

Panel TN sesuai untuk permainan video kompetitif kerana kadar penyegaran yang tinggi namun kekurangan dari segi kecantikan visual. Panel VA pula mempunyai ratio kontras yang baik serta kadar penyegaran yang setaraf panel TN namun tidak mempunyai visual yang cantik seperti panel IPS. Manakala panel IPS pula mempunyai warna yang cantik dan kecerahan yang tinggi namun mempunyai kadar penyegaran yang terhad.

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *