Apakah beza antara aci dan gandar?2 min read

0

Apakah perbezaan antara aci dan gandar? Kedua-dua perkataan ini sering kita keliru kerana selalu digunakan secara bergantian. Namun, terdapat perbezaan antara keduanya dari segi fungsi dalam sistem mekanikal. Penting untuk kita tahu apakah beza antara aci dan gandar jika anda akan terlibat dalam reka cipta yang melibatkan elemen mekanikal yang berpusing.

Terjemahan Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris

AciShaft
GandarAxle

Perbezaan Utama Aci dan Gandar

Aci– Digunakan untuk memindahkan kuasa putaran dari satu bahagian mekanikal ke bahagian yang lain contohnya tayar yang dipandu oleh enjin.

Gandar– Hanya digunakan untuk menyokong beban bahagian mekanikal yang berpusing seperti gear dan roda.

Perbezaan Lain

Aci

  • Bahagian mekanikal yang sentiasa berpusing. Ini kerana ia perlu berpusing untuk memindahkan kuasa putaran.
beza antara aci dan gandar
  • Dikenakan tork, momen lentur dan daya paksi.
beza antara aci dan gandar
Terdapat tork pada aci kerana ia juga berpusing bersama gear tersebut.
  • Contoh aplikasi: Spindel, aci pacu (driveshaft) dan aci engkol (crankshaft).
Aci pacu yang terdapat dibawah kenderaan yang befungsi untuk memindahkan kuasa daripada enjin yang terletak di bahagian hadapan ke tayar belakang.

Gandar

  • Bahagian mekanikal yang kebiasannya tidak berpusing. Namun, terdapat juga gandar yang berpusing dengan bebas.
beza antara aci dan gandar
  • Dikenakan momen lentur dan daya paksi.
Tiada tork pada gandar kerana gandar tidak berpusing. Gandar juga berfungsi untuk mengelakkan gear tersebut tercabut disebabkan oleh daya paksi.
  • Contoh aplikasi: tayar basikal, gandar bahagian depan kereta, roda kereta mainan.
Gandar yang menyokong tayar basikal untuk berpusing. Terdapat galas bebola (bearing) yang membantu melancarkan putaran antara tayar dan gandar.

Kesimpulan

Secara ringkas, beza antara aci dan gandar ialah, aci berfungsi untuk “memindahkan” manakala gandar fungsinya adalah “menyokong”.

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *