Apakah beza antara aci dan gandar?2 min read
Apakah perbezaan antara aci dan gandar? Kedua-dua perkataan ini sering kita keliru kerana selalu digunakan secara bergantian. Namun, terdapat perbezaan antara keduanya dari segi fungsi dalam sistem mekanikal. Penting untuk kita tahu apakah beza antara aci dan gandar jika anda akan terlibat dalam reka cipta yang melibatkan elemen mekanikal yang berpusing.
Terjemahan Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris
Perbezaan Utama Aci dan Gandar
Aci– Digunakan untuk memindahkan kuasa putaran dari satu bahagian mekanikal ke bahagian yang lain contohnya tayar yang dipandu oleh enjin.
Gandar– Hanya digunakan untuk menyokong beban bahagian mekanikal yang berpusing seperti gear dan roda.
Perbezaan Lain
Aci
- Bahagian mekanikal yang sentiasa berpusing. Ini kerana ia perlu berpusing untuk memindahkan kuasa putaran.
- Dikenakan tork, momen lentur dan daya paksi.
- Contoh aplikasi: Spindel, aci pacu (driveshaft) dan aci engkol (crankshaft).
Gandar
- Bahagian mekanikal yang kebiasannya tidak berpusing. Namun, terdapat juga gandar yang berpusing dengan bebas.
- Dikenakan momen lentur dan daya paksi.
- Contoh aplikasi: tayar basikal, gandar bahagian depan kereta, roda kereta mainan.
Kesimpulan
Secara ringkas, beza antara aci dan gandar ialah, aci berfungsi untuk “memindahkan” manakala gandar fungsinya adalah “menyokong”.