Kenapa Zoom tiba-tiba jadi popular?5 min read

0

Kalau anda pernah mengikuti seminar atau sesi temubual pada musim COVID-19 yang melanda hari ini, mungkin ada pernah menerima link zoom dan menggunakannya. Zoom juga tidak asing bagi orang-orang korporat mahupun pekerja ‘freelance’ yang terpaksa bekerja dari rumah disebabkan PKP (Perintah Pergerakan Kawalan) yang dikuatkuasakan untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.

Mereka sering menggunakan Zoom untuk mengadakan mesyuarat dengan pasukan atau rakan sekerja yang juga terpaksa bekerja dari rumah. Pelajar juga tidak asing lagi menggunakan Zoom. Pensyarah turut menggunakan teknologi ini untuk mengadakan kelas bersama pelajar dan juga untuk menjalankan peperiksaan. Sampai ada yang kahwin melalui Zoom. Sebab itulah kenapa Zoom tiba-tiba jadi popular.

Hinggakan kami pun, editor-editor di PakcikEngineer.com terjebak menggunakan Zoom untuk bermesyuarat ketika kami mula-mula membina blog ini. Sebelum ini, saya sendiri tidak pernah menggunakan Zoom. Saya boleh dikira agak terlambat mencuba teknologi ini. Memang tidak disangka, Zoom boleh dikatakan mudah untuk digunakan, dan lebih baik berbanding pesaingnya yang lain seperti Google Meet dan “the legends of video call” sebelum ini, Skype.

Kenapa Zoom tiba-tiba jadi terkenal
Faktor “Network Effect” juga salah satu sebab Zoom menjadi terkenal. Orang akan menggunakan Zoom jika rakan mereka menggunakan Zoom.

Sedikit tentang Zoom

Zoom adalah sebuah syarikat daripada California, Amerika Syarikat. Mempunyai CEO yang bernama Eric Yuan, seorang anak Jurutera Lombong daripada China. Zoom diasaskan pada 2011 oleh Yuan bersama 40 orang jurutera. Ini menjadikan syarikat tersebut berumur 9 tahun! Sangat tidak disangka.

Zoom sebelum ini tidak terkenal seperti hari ini. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, zoom hanya dimuat turun lebih kurang sebanyak 56 ribu kali. Pada 23 Mac 2020, sewaktu fasa awal COVID-19 melanda, Zoom telah dimuat turun sebanyak 2.13 juta kali.

Hari ini, Zoom bernilai sekitar $50 bilion, sama juga seperti Uber. Tetapi, yang lainnya, Zoom menjana keuntungan yang lebih berbanding Uber.

Kenapa Zoom tiba tiba jadi famous
Eric Yuan, Pengasas Zoom

Kenapa Zoom tiba-tiba menjadi terkenal?

Mungkin ‘timing’ yang betul membuatkan Zoom mejadi terkenal. Faktor pemasaran pada waktu yang tepat juga memainkan peranan. Dalam tempoh wabak COVID-19 ini, banyak pekerja-pekerja, ahli perniagaan mencari alternatif baru untuk mengadakan mesyuarat dari jauh. Laporan daripada App Annie menunjukkan lonjakan muat turun aplikasi perniagaan menjadi 62 juta di seluruh iOS dan Google Play pada awal Mac meningkat 45% berbanding minggu sebelumnya. Ini juga merupakan pertumbuhan tertinggi di antara kategori yang terdapat di Apps Store pada minggu itu, kata laporan itu. Dan itu meningkat 90% daripada purata muat turun aplikasi perniagaan mingguan pada tahun 2019.

Gambar graf jumlah aplikasi perniagaan yang dimuat turun
Graf menunjukkan bilangan muat turun global untuk applikasi business

Faktor mesra pengguna main peranan

Saya sendiri perlu mengakui bahawa applikasi tersebut senang digunakan. Sebelum kami membuat keputusan untuk menggunakan Zoom untuk pasukan PakcikEngineer.com, saya juga cuba membandingkan Zoom dan Google Meet. Google Meet merupakan satu pesaing Zoom yang meningkat pada tempoh pandemik ini. Google Meet ternyata lagi ringkas berbanding Zoom. Ianya tidak perlu dimuat turun ke dalam komputer anda. Anda hanya perlu menggunakan pelayar Internet untuk menggunakan Google Meet. Ini merupakan satu faktor kemenangan untuk Google Meet.

Walaupun Zoom tidak seringkas Google Meet, Zoom mempunyai banyak fungsi yang menarik seperti beautifikasi dan rakaman video. Yang paling penting, video dan audio kualiti daripada Zoom jauh beza berbanding Google Meet. Persembahan video zoom juga lebih kemas, tidak seperti yang lain, yang kadang-kadang membuatkan pengguna pening kepala. Ini amat penting, lebih-lebih lagi untuk jumlah peserta yang ramai.

Berkenaan jumlah peserta, Zoom boleh memuatkan sehingga 100 peserta berbanding hanya 50 peserta oleh Skype (pelan percuma). Yang paling saya suka ialah kebolehan ‘remote control’ Zoom. Ianya membolehkan pengguna Zoom meminta kebenaran untuk mengawal komputer peserta Zoom yang lain. Ini sangat membantu dalam situasi penyelesaian masalah dan juga pembelajaran yang menggunakan komputer. Inilah sebab kenapa Zoom tiba-tiba jadi popular.

Gambar menunjukkan fungsi remote control Zoom
Zoom membolehkan anda untuk meminta “remote control” rakan anda

Kontroversi

Zoom sering dikaitkan dengan isu privasi. Pada awal tempoh Zoom menjadi popular, terdapat tragedi ‘ Zoombombing’. Insiden tersebut membabitkan orang yang tidak diundang menceroboh persidangan Zoom oleh orang lain. Mereka juga memuat naik gambar yang tidak sepatutnya seperti kata-kata sentimen perkauman. Ini menjejaskan nama Zoom dan menjadikan ianya dilabel tidak selamat untuk digunakan.

Mereka telah meminta maaf atas insiden tersebut dan mereka juga berkata untuk menjadikan privasi dan keselematan pengguna keutaman mereka dengan kerap melakukan kemas kini sekuriti.

Zoom sehingga hari ini masih berdaya tahan dan menawarkan khidmat pelanggan kepada pengguna untuk memerangi masalah tersebut.

Gambar menunjukkan insiden Zoom bombing
“Zoombombing” yang menjejaskan nama Zoom. Sumber: [https://www.youtube.com/watch?v=OEs6mdMgAKU]

Konklusi

Pengajaran yang kita boleh ambil di sini ialah, kejayaan tidak berlaku semalaman. Zoom menunjukkan mereka mampu bertahan selama 9 tahun sebelum meletup menjadi applikasi sidang video yang paling banyak digunakan. Jika anda seorang usahawan ataupun pembangun perisian, dan merasa usaha anda selama dua atau tiga tahun tidak berhasil, jangan cepat berputus asa. Teruskan baik pulih dan jangan hanya duduk diam. Pasti akan ada hasilnya.

Selain itu, krisis juga menjadikan manusia lebih kreatif. Kepayahan yang kita lalui sekarang juga menjadikan manusia lebih innovatif menyelesaikan sesuatu masalah. Lalu, lahirlah banyak solusi-solusi berbentuk aplikasi dan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah usahawan, peniaga dan juga orang biasa. Manfaatkanlah teknologi tersebut sebaik mungkin.

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *