Kenapakah kotak Softbox penting untuk vaksin COVID-19?3 min read

0

Tarikh 21 Februari 2021 iaitu pada hari Ahad merupakan suatu detik bersejarah untuk rakyat Malaysia. Hal ini kerana negara kita telah menerima penghantaran pertama bekalan vaksin COVID-19 buatan syarikat Pfizer-BioNTech’s. Sebanyak 312,390 buah dos vaksin telah dihantar dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines yang dikendalikan oleh MAB Kargo Sdn Bhd atau MASKargo.

Bekalan vaksin pertama negara adalah suatu permulaan untuk melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Februari ini. Bukan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech sahaja, malah Malaysia juga telah menempah vaksin-vaksin keluaran syarikat lain seperti Moderna, Sinovac, AstraZeneca, CanSino Biologics dan juga Sputnik V.

Seperti sedia maklum, vaksin buatan Pfizer ini memerlukan suhu penyimpanan sehingga -80 darjah Celcius walaupun ketika dalam proses penghantaran.

Jadi untuk yang telah menyaksikan rakaman ketibaan vaksin ini sudah semestinya akan tertanya mengapa mereka dibawa dengan menggunakan van penghantaran DHL yang biasa sahaja dan bukannya van khas?

Hal ini demikian kerana syarikat Pfizer telah menghasilkan sebuah kotak termal pengawalan suhu yang khas untuk mengekalkan suhu ais kering pada -70 darjah Celcius sehingga 10 hari penyimpanan. Ciptaan ini membolehkan vaksin boleh dihantar terus ke negara lain melalui jalan darat atau jalan laut. Selepas dihantar, barulah ianyadisimpan di peti sejuk khas.

Kotak yang direka oleh syarikat Pfizer ini telah dibekalkan oleh Softbox, syarikat yang berpangkalan di United Kingdom.

Kotak Softbox ini telah direka untuk mempunyai 4 jenis lapisan iaitu penutup VIP, bekas ais kering, ruang muatan dan kotak termal ULT (Ultra low temperature) medium;

Berikut di bawah merupakan carta spesifikasi berat dan dimensi untuk komponen kotak dari Softbox tersebut;

Berat kotak tanpa muatan8.5 kg
Ruang kosong untuk muatan(24.5 x 24.5 x 24.1) cm
Dimensi luaran(40.0 x 40.0 x 55.98) cm
Berat ais kering23 kg
Berat dengan 5 dulang botol36.7 kg
carta spesifikasi berat dan dimensi

Kotak yang direka khas untuk penyimpanan sementara vaksin Pfizer ini mempunyai ruang muatan yang mampu memuatkan sehingga 5 dulang yang berisi dengan botol. Ruang di atas pula ialah bekas yang mengandungi ais kering karbon dioksida pejal yang bersuhu lebih kurang -80 Celsius.

Selain itu, syarikat Pfizer juga menggunakan teknologi sensor termal beserta GPS dimana menara kawalan dapat mengenal pasti lokasi dan suhu setiap kotak vaksin tersebut sepanjang 24 jam setiap hari sepanjang proses pengangkutan. Dengan ini, mereka dapat bertindak dengan secara proaktif jika terdapat sebarang kerosakan pada vaksin tersebut.

Rujukan

www.theedgemarkets.com

www.materialhandling247.com

www.mmh.com

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *