Cara penggunaan kabel penyambung yang betul6 min read

0

Sangat mudah untuk kita menggunakan kabel penyambung sebanyak mungkin tanpa memikirkan bahaya yang akan berlaku jika kita tidak menggunakan kabel penyambung dengan betul. Semakin banyak barangan elektronik harian yang kita gunakan, semakin banyak soket elektrik yang kita perlukan sehingga tidak cukup soket dirumah. Penyambung kabel boleh dikira sebagai keperluan hari ini untuk menampung jumlah barangan elektronik harian kita. Mungkin anda pernah mendengar tentang bahaya penggunaan penyambung kabel ini. Namun, apakah kuantiti atau tahap penggunaan yang dikira bahaya? Artikel ini akan menjelaskan cara penggunaan kabel penyambung yang betul.

Kunci utama disini ialah anda perlu ketahui berapa had yang boleh ditampung oleh penyambung soket anda dan berapa banyak kuasa perkakasan elektrik anda gunakan. Jika anda tahu berapa kuasa barangan elektrik yang anda gunakan, anda boleh memastikan penggunaan penyambung wayar anda tidak melebihi bebannya. Lain perkakasan elektrik, lain jumlah penggunaan kuasa yang digunakan. Ada perkakasan yang menggunakan tenaga yang tinggi, ada yang tidak. Untuk membantu kita mendapat idea berapa nilai tersebut, kami akan membantu anda menggunakan infografik dibawah.

Berapa banyak kuasa perkakasan elektrik anda gunakan?

Untuk mengetahui cara penggunaan kabel penyambung yang betul anda perlu tahu berapa banyak kuasa perkakasan elektrik anda gunakan.

Ironiknya, sesetengah perkakasan elektrik yang kecil di rumah kita menggunakan kebanyakkan wattan kuasa. Kita boleh lihat cerek elektrik menggunakan kuasa 20 kali ganda lebih besar daripada peti ais. Juga, seterika anda menggunakan 200 kali ganda lebih tenaga daripada pengecas telefon bimbit anda.

Anda boleh dibawah jenis perkakasan apa yang menggunakan banyak tenaga. Ya, perkakasan yang menggunakan unsur pemanas menggunakan banyak tenaga seperti cerek elektrik, seterika, pengering rambut dan pembakar roti.

Cara penggunaan kabel penyambung yang betul

Bagaimana untuk memastikan kabel penyambung tidak terlebih beban?

Ianya bergantung kepada jenis peralatan elektrik yang anda sambungkan. Kebanyakkan penyambung wayar mempunyai had arus elektrik sebanyak 13A. Ini bersamaan dengan 3000 W. Berpandukan infografik diatas, tambahkan wattan perkakasan elektrik anda ingin sambungkan dan kira berapa jumlahnya. Pastikan jumlah tersebut tidak melebihi 3000 W. Jika ia lebih daripada 3000 W, maka ianya tidak selamat.

Contohnya, tidak selamat untuk anda menyambung seterika, cerek elektrik dan pengering rambut pada satu penyambung kabel yang sama. Ini kerana jumlah wattan yang diperlukan adalah:

3000W+2800W+2220W=8020W

Jumlah wattan yang diperlukan ialah 8020W! Ini sangat tidak selamat.

Contoh yang selamat ialah jika anda menyambungkan pengecas telefon , lampu belajar, dan pengering rambut. Jumlah wattan yang diperlukan ialah:

2220W+12W+60W=2292W

Jumlah wattan yang digunakan ialah 2292W. Ini tidak melebihi had 3000W yang biasa ada pada penyambung kabel. Oleh itu, ianya selmat digunakan.

Cara penggunaan kabel penyambung yang betul

Petua mudah

Agak sukar jika setiap kali anda ingin menyambung perkakasan, anda perlu mengira berapa banyak wattan yang digunakan. Jika anda seorang yang rajin, maka tidak salah untuk anda buat sebegitu.

Namun, secara ringkas, petua yang mudah ialah:

Jangan sambungkan dua jenis perkakasan elektrik yang mempunyai unsur pemanasan pada satu penyambung wayar yang sama.

Beli kabel penyambung yang mempunyai ciri keselamatan

Terdapat dua jenis kebal penyambung yang cenderung dibeli oleh orang ramai: yang selamat dan tidak selamat. Ataupun, lebih tepat lagi, yang murah dan tidak. Melainkan anda seorang yang mampu mengagak berapa jumlah kuasa perkakasan anda guna, anda perlu membeli kabel penyambung yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Terdapat tiga jenis elemen keselematan yang anda boleh cari jika anda keluar untuk membeli kabel penyambung:

1. Pelindung Pusuan (Surge Protector)

Ini merupakan circi yang paling mudah dijumpai. Pelindung pususan memberi beberapa tahap perlindungan terhadap lonjakan arus elektrik. Perlindungan tersebut dalam quantiti joule (sebuah kuantiti untuk jumlah tenaga). Banyak kabel penyambung yang dijual dikatakan memunyai pelindung pusuan. Namun, sama ada ianya hanyalah satu ayat pemasaran atau betul, anda perlu kaji adakah harga yang ditawarkan sepadan.

Pelindung pusuan kabel penyambung
Pelindung pusuan yang biasanya di label dengan Surge Protector

2. Fius (Fuse)

Fius merupakan unsur keselamatan yang banyak dijumpai dalam peralatan elektrik. Fungsinya adalah untuk melindungi peralatan daripada arus berlebihan. Apabila terlalu banyak elektrik melalui sesebuah fius, pengalir dalam fius akan cair dan secara kekal memutuskan litar elektrik. Fius boleh diganti semula dengan yang baharu, hanya perlu ketahui barapa ‘rating’ fius tersebut.

Cara penggunaan kabel penyambung yang betul
Tanda-tanda yang boleh dicari jika sesebuah penyambung wayar memunyai fius

3. Fius termal

Jika anda perasan, terdapat sejenis butang merah pada sesetengah kabel penyambung. Apabila terdapat arus elektrik tinggi mengalir, suhu yang tinggi daripada aliran tersebut akan menghasilkan pergerakan mekanikal untuk memutuskan litar. Fungsinya lebih kurang sama seperti fius biasa. Namun, fius termal membolehkan anda untuk set semula fius tersebut kepada posisi asal dan menyambung litar yang diputuskan pada awalnya. Mudah sekali kerana anda tidak perlu mengganti fius.

Butang set semula pada kabel penyambung
Butang reset fius termal yang terdapat pada kabel penyambung.

Kesan jika kabel penyambung terlebih beban

Kebakaran

Jika anda menggunakan arus elektrik yang tinggi lebih daripada penyambung wayar anda mampu salurkan, wayar tersebut akan menjadi panas. Apabila terlalu panas, ianya boleh sampai ke satu tahap dimana penjalur wayar atau plastik akan mula terbakar. Kalau perkara ini tidak disedari, satu rumah juga boleh terbakar.

Mengikut statistik, 60% kes kebakaran berlaku adalah disebabkan elektrik.

Artikel berkaitan

Rujukan

https://www.which.co.uk/news/2020/03/how-to-avoid-overloading-your-plug-sockets-at-home/

https://www.cnet.com/how-to/10-things-you-should-know-about-surge-protectors/

https://www.cnet.com/news/what-makes-a-good-surge-protector-part-1/

https://drs.illinois.edu/Page/SafetyLibrary/ElectricalSafetyInTheResearchLaboratory

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *