Teleksop Angkasa James Webb: Pengganti Hubble?3 min read

1

Teleskop Angkasa James Webb telah dilancarkan ke orbit pada 25 Disember 2021 setelah ia berjaya disiapkan walaupun mengalami kelewatan dan kenaikan kos. Teleskop canggih tersebut berlepas dengan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Kourou di French Guiana.

Pelancaran teleskop ini bakal memberi nafas baharu kepada saintis dan astronomi untuk mengkaji angkasa lepas dengan lebih mendalam disamping menyambung legasi Teleskop Angkasa Hubble yang dilancarkan pada 1990.

Ciri-ciri Teleskop Angkasa James Webb

Antara maklumat utama pelancaran teleskop canggih ini adalah untuk melihat kembali masa-masa lampau galaksi sejauh 13 billion tahun cahaya dari Bumi.

Apabila kita melihat sesuatu dari suatu jarak yang sangat jauh, kita juga melihat masa yang lampau ibarat menggunakan mesin masa. Hal ini demikian kerana cahaya juga mengambil masa untuk bergerak di ruang angkasa.

Oleh hal yang demikian, kita melihat bintang-bintang atau planet bukan dengan dalam keadaan sekarang namun dalam keadaan dimana mereka memancarkan cahaya yang telah bergerak sepanjang angkasa selama berbilion tahun sebelum sampai kepada kita

Komponen dan Fungsi Teleskop Angkasa James Webb

Bahagian tepi Teleskop Angkasa James Webb. Sumber: Reuters

Keluasan diameter cermin pada Teleskop Angkasa James Webb adalah lagi besar (6.6m) berbanding Teleskop Angkasa Hubble (2.4m). Saiz yang lebih besar ini akan menjadikan ianya lebih sensitif kepada cahaya.

Cermin utama pada James Webb ini menangkap cahaya inframerah yang bergerak di dalam angkasa dan memantulkan inframerah tersebut kepada cermin kedua yang mempunyai saiz lebih kecil. Selepas itu, cahaya inframerah itu juga dipantulkan sekali lagi kepada peralatan di dalam teleskop tersebut untuk simpanan imej.

Disebabkan oleh sumber cahaya ialah inframerah, maka cermin utama tersebut haruslah dilindungi daripada cahaya atau haba daripada matahari. Cermin utama tersebut dilindungi oleh pelindung matahari yang terbina bersama teleskop tersebut.

Kenapa inframerah?

Cahaya inframerah merupakan cahaya yang tidak akan memantul pada permukaan debu angkasa seterusnya membolehkan para saintis untuk melihat planet atau bintang yang baru terbentuk disebalik ‘awan’ debu tersebut.

Proses setelah di orbit

Setelah Teleskop Angkasa James Webb dilancarkan dari roket di orbit, teleskop tersebut akan bergerak melepasi Bulan dan akan mengalami beberapa transformasi yang lama kepada bentuk yang sepatutnya;

  • Langkah pertama adalah pembukaan panel solar (selama 31 minit).
  • Dua keping palet yang memegang pelindung matahari dibuka ( Hari ke-3).
  • Tiang menara yang memegang komponen utama teleskop dinaikkan (Hari ke-4).
  • Sayap momentum dibuka untuk menstabilkan teleskop daripada tekanan atau tolakan solar (Hari ke-5).
  • Pelindung matahari yang sebesar gelanggang tenis juga dibuka (Hari ke-5).
  • Pelindung matahari diregangkan dan menghasilkan lima lapisan pelindung (Hari ke-6 dan Hari ke-7).
  • Struktur sokongan untuk cermin kedua dibuka (Hari ke-10)
  • Kedua-dua belah panel cermin utama dibuka untuk melengkapkan bentuk cermin tersebut (Hari ke-13).

Rujukan

www.reuters.com

www.space.com

Tentang Penulis

1 thought on “Teleksop Angkasa James Webb: Pengganti Hubble?3 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *