Apakah itu EV?

Kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya atau dipanggil sebagai Electric Vehicle (EV) merupakan kenderaan yang menggunakan motor elektrik untuk bergerak berbanding dengan menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine).

Kenderaan EV telah diperkenalkan untuk dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada enjin yang berasaskan petrol atau diesel untuk mengurangkan jejak karbon dan juga pencemaran udara. Sehingga kini, jualan kereta EV semakin meningkat atas beberapa faktor penting iaitu;

  • Ketersediaan infrastruktur pengecasan pantas
  • Urbanisasi
  • Penambahbaikan teknologi bateri kenderaan EV
  • Pilihan model dan jenama yang semakin meningkat
  • Polisi kerajaan yang mementingkan pengurangan karbon
  • Populariti

Kenderaan EV bukan sesuatu teknologi yang baharu malah ia telah dicipta dan diperkenalkan untuk penggunaan komersial pada tahun 1890 oleh seorang ahli kimia daripada Iowa, Amerika Syarikat yang bernama William Morrison. Kenderaan elektrik yang mempunyai 6 tempat duduk ciptaan beliau dikuasai oleh motor elektrik yang mampu mencapai kelajuan maksimum sebanyak 22km/h. Namun, disebabkan oleh kenderaan enjin pembakaran dalaman merupakan pilihan yang murah pada waktu tersebut telah menghalang pasaran kenderaan elektrik untuk terus berkembang.

Bagaimana EV berkembang?

Pada abad ke-21 ini, disebabkan oleh kesedaran akan perubahan iklim dan pencemaran alam di seluruh dunia telah menyaksikan syarikat Tesla memasuki pasaran automobil dengan memperkenalkan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya (EV) bernama Roadster di pasaran. Kereta Roadster adalah merupakan kereta sedan premium yang pertama di dunia.

Tesla, di bawah kepimpinan Elon Musk pada tahun 2012 telah berjaya memperoleh kejayaan menembusi pasaran global dengan pengenalan kereta EV yang lebih murah namun lebih berpestasi tinggi yang dikenali sebagai Model S. Tesla telah berjaya merevolusi kan dan meraih populariti untuk pengguna menukar ke kenderaan EV dan memaksa jenama-jenama pengeluar kereta seperti Ford, Mercedes, BMW dan sebagainya untuk melabur ke dalam industri Electric Vehicle (EV). Antara kenderaan-kenderaan EV popular yang telah diperkenalkan sehingga kini adalah seperti;

  • Porsche Taycan
  • Mercedes-Benz EQC
  • Polestar 3
  • Tesla Model Y
  • GMC Hummer EV
  • Tesla Cybertruck
  • BMW i7
Elon Musk dan Tesla

Jika anda ingin mendapatkan baju Tesla, boleh dapatkan di pautan ini.

Komponen-Komponen Penting Kenderaan EV

Komponen komponen kereta elektrik
  • Bateri – Menyalurkan dan membekalkan elektrik untuk menghidupkan komponen-komponen sistem elektrik yang lain.
  • Port Pengecasan – Membenarkan kenderaan untuk bersambung atau mengecas bateri kenderaan daripada sumber bekalan elektrik luar.
  • DC/DC Converter – Menukarkan voltan tinggi DC daripada bateri kepada voltan rendah DC yang diperlukan untuk menghidupkan aksesori kereta.
  • Pengecas EV Onboard – Menukarkan sumber bekalan elektrik AC kepada elektrik DC.
  • Pengawal Elektronik – Komponen ini mengawal pengaliran tenaga elektrik seterusnya mengawal daya kilas (torque) kenderaan tersebut.
  • Sistem terma (penyejukan) – Sistem ini mengawal suhu yang sepatutnya untuk motor, komponen-komponen.
  • Pek Bateri – Menyimpan elektrik untuk digunakan pada motor.
  • Transmisi (Elektrik) – Memindahkan daya mekanikal dari motor elektrik untuk menggerakkan roda.

Jenis-Jenis Electric Vehicle (EV)

Terdapat tiga jenis Electric Vehicle (EV) yang berada di pasaran iaitu Battery Electric Vehicle (BEV), Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dan Hybrid Electric Vehicle (HEV);

Jenis-jenis electric vehicle kereta elektrik
  1. Battery Electric Vehicle (BEV)

Kenderaan yang bergantung sepenuhnya pada tenaga elektrik. Kenderaan jenis ini langsung tidak menggunakan enjin pembakaran dalaman, hanya dikuasai dengan motor elektrik sahaja sekaligus menjadikan ia kenderaan yang bebas karbon monoksida. Antara kelebihan kenderaan ini adalah ianya mudah diselenggara kerana tiada komponen-komponen seperti gearbox, minyak enjin , pam, injap dan sebagainya.

2. Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV)

Kenderaan ini masih bergantung kepada enjin pembakaran dalaman yang konvensional, namun diberikan fitur untuk pengecasan bateri dengan kaedah plug-in pada badan kenderaan tersebut.

Antara kelebihan kenderaan jenis ini adalah ianya tidak bergantung kepada brek regeneratif untuk mengecas bateri. Dengan ini, kenderaan PHEV akan dapat merasai penjimatan yang lebih ketara berbanding kenderaan Hybrid Electric Vehicle (HEV).

3. Hybrid Electric Vehicle (HEV)

Kenderaan ini menggunakan kombinasi enjin pembakaran dalaman dan bateri elektrik untuk bergerak. Kombinasi hibrid ini dapat juga membantu pengguna untuk menjimatkan minyak. Selain itu, kenderaan HEV mengecas bateri elektrik ini dengan hanya daripada brek regeneratif. Apabila brek ditekan, tenaga daripada pergerakan kenderaan ditukarkan menjadi tenaga pengecasan. Malah, terdapat juga kenderaan HEV yang dapat mengecas bateri hibrid dengan tenaga pecutan seperti model Toyota Camry.

Tahap Proses Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV)

Terdapat beberapa tahap proses pengecasan kenderaan elektrik iaitu AC Level One, AC Level Two dan DC Fast Charge seperti infografik di bawah;

Tahap Pengecasan Kereta Elektrik
  1. Proses Pengecasan Tahap 1 – Proses pengecasan yang paling perlahan kerana menggunakan slot kuasa dinding yang piawai rendah.
  2. Proses Pengecasan Tahap 2 – Proses pengecasan yang lebih pantas daripada Tahap 1. Banyak didapati di kawasan pusat membeli-belah dan juga pejabat.
  3. Proses Pengecasan Tahap 3 – Proses pengecasan yang paling pantas, namun lokasi pengecasan yang agak terhad (stesen pengecasan DC kini sedang giat dibangunkan di Malaysia seperi stesen pengecasan milik TNB Electron, Gentari dan sebagainya).
EV Charging Station TNB Electron

Bagi pengguna EV, anda boleh dapatkan aksesori-aksesori pengecas untuk kenderaan EV anda melalui pautan ini.

Bacaan Lanjut

www.carput.com

www.adfc.gov.com

www.smithers.com

www.careta.com

www.electricvehiclehub.com

Tentang Penulis

1 thought on “Kenderaan Elektrik (EV)5 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *