Bagaimanakah rantaian bekalan mempengaruhi industri?4 min read
Definisi rantaian bekalan
Jika kalian pernah bekerja di mana-mana kilang, pasti kalian sudah umum mengetahui tentang rantaian bekalan atau nama Inggerisnya adalah “Supply chain“. Untuk yang baru sahaja mengenali terma ini, saya akan cuba ceritakan sedikit tentang topik ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan rantaian bekalan? Sebenarnya dalam kata mudah ia bermaksud sistem yang digunakan untuk memindahkan barang dari pengeluar sehinggalah sampai ke tangan pembeli. Dalam erti kata lain pula ia bermaksud sistem yang melibatkan proses pengeluaran, penghantaran, penyimpanan dan penjualan produk kepada pelanggan.
Dalam industri pula, sudah semestinya pengeluar itu adalah pengilang dimana mereka menghasilkan sesuatu produk itu daripada bahan-bahan mentah. Tetapi itu bukan pengakhiran rantaian bekalan namun peruncit dan syarikat penghantaran barang seperti PosLaju juga terdiri daripada sistem tersebut.
Oleh hal yang demikian, sangat penting jika pengurusan ini dilakukan dengan cekap untuk memberi pelanggan perkihdmatan yang cepat dan pantas.
Rantaian bekalan di industri pembuatan
Pengurusan rantaian bekalan banyak mempengaruhi syarikat pembuatan dalam pelbagai aspek. Antara aspek-aspek tersebut ialah persediaan maklumat diperlukan untuk proses pembuatan, cara syarikat atau organisasi berhubung dengan pembekal dan pelanggan. Selain itu, pengurusan ini juga dapat memudahkan urusan pengiraan kos dan keuntungan dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, kefahaman tentang pengurusan ini memainkan peranan besar terhadap pengilang atau syarikat pembuatan dari segi operasi harian.
Kebolehpercayaan maklumat input
Pengurusan rantaian bekalan yang efektif dapat memastikan bahan-bahan mentah sampai ke pusat pengeluaran secara konsisten dan tepat pada masa. Jika pengurusan tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik, proses pengeluaran berkemungkinan akan diberhentikan.
Kilang atau syarikat juga tidak dapat memenuhi kehendak tempahan. Hal ini demikian kerana barisan pemasangan atau assembly lines tidak dapat bergerak dan pekerja tidak mempunyai tugasan yang harus dilakukan.
Selain itu, ketidakbolehpercayaan maklumat input juga akan menyebabkan rantaian terputus sebelum sampai ke pengilang seterusnya menyebabkan pengilang mencari alternatif sumber yang lain dalam harga yang lebih tinggi.
Kos pengedaran di dalam rantaian bekalan
Kos pengedaran di dalam rantaian bekalan juga dapat dikurangkan secara efisien jika pengurusan dilakukan dengan baik. Hal ini demikian kerana pengilang dapat mengurangkan kos overhed dan kos jualan langsung.
Antara cara pengilang mengurangkan kos adalah dengan menggunakan kenderaan yang jimat minyak, pembelian yang kos efisien dan menggunakan prosedur yang ketat.
Dengan ini, kos rantaian bekalan akan menjadi lebih rendah seterusnya meningkatkan keuntungan.
Infrastruktur syarikat
Pembinaan sistem pengedaran oleh syarikat itu sendiri boleh memakan kos yang tinggi jika mengambil kira kos pembaikan kenderaan, minyak dan buruh. Namun, sistem ini memberikan syarikat itu pengawalan yang kukuh terhadap proses pengedaran barang kepada pelanggan.
Kebergantungan terhadap kontraktor luar untuk menghantar produk sememangnya menjimatkan kos tetapi syarikat tersebut sudah tidak ada kawalan penuh terhadap tersebut selepas disiapkan.
Oleh hal yang demikian, banyak kourier yang popular seperti J&T Express, Poslaju dan sebagainya memainkan peranan penting dalam penghantaran produk.
Integrasi di antara pembekal dan pelanggan
Sedarsawarsa ini, pengilang-pengilang moden sudah tentu ingin memastikan setiap operasi dibuat secara efisien untuk kekal kompetitif. Kehadiran sistem seperti Six Sigma meningkatkan lagi dinamik dan kualiti rantaian bekalan di antara pembekal dan pelanggan.
Sistem tempahan juga diamanfaatkan oleh syarikat dengan melaksanakan integrasi sistem tempahan dengan syarikat lain melalui rangkaian maya atau virtual network. Tempahan tersebut akan diproses secara automatik di antara fasiliti pelanggan dan pembekal melalui jaringan komputer.
Selain itu, tempahan tersebut dijejak secara automatik daripada sistem inventori untuk mengenal pasti stok yang ada. Bayaran secara maya juga dilakukan secara automatik dan dihantar. Kesemua proses ini dilakukan secara automasi.