Cara mengira Surcaj Faktor Kuasa3 min read
Surcaj faktor kuasa (Surcharge Power factor) merupakan kadar yang dikenakan oleh pemilik utiliti elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap pelanggan industri dan juga pelanggan komersial yang mengunakan voltan rendah tiga fasa. Kadar surcaj berlaku apabila kecekapan penguna elektrik jatuh ke tahap yang lebih rendah dari nilai yang sepatutnya. Penguna yang dikategorikan sebagai pelanggan domestik tidak akan dikenakan sebarang surcaj. Syarikat TNB telah mengklasifikasikan indeks kecekapan yang diukur pada nilai 0.95 dan ke bawah merujuk kepada pengunaan pelanggan yang tidak cekap. Secara amnya, kadar surcaj untuk bangunan komersial berada dalam linkungan indeks 0.98 sehingga 0.92, manakala bangunan industri berada pada linkungan indeks 0.7 dan kebawah.
Indeks umum faktor kuasa mengikut kategori:
1.0 – 0.95 –> Cekap
0.95 – 0.85 –> Memuaskan
0.85 dan kebawah –> Tidak Cekap
Jadual di atas merupakan faktor kuasa (Power factor) yang diklasifikasi pada pengunaan industri. Jika kita lihat pada jadual ini, rata-rata beban industri tidak mencapai nilai 1 faktor kuasa. Perkara ini adalah lumrah untuk di mana-mana industri di dunia.
Gambar di atas adalah contoh kadar surcaj yang dikenakan oleh pemilik utiliti TNB kepada pelanggan. Kadar surcaj akan di sertakan dalam bil elektrik pada setiap bulan dan caj yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Pengiraan surcaj faktor kuasa
Untuk memahami bagaimana pengiraan surcaj, kita boleh lihat contoh seperti dibawah dimana kiraan menunjukkan dua situasi sama ada pelanggan tersebut mempunyai indeks faktor kuasa 0.75 atau 0.60 pada bulan tersebut:
Sebanyak 400V baris ke baris (line to line) tiga fasa tenaga elektrik disalurkan kepada seorang pelanggan. Pada masa yang sama, pelanggan ini mempunyai bil semasa yang bernilai RM 3000 dengan pengunaan kuasa pada nilai 3150kW. Berapakah kadar surcaj yang akan dikenakan terhadap pelanggan ini apabila faktor kuasa pada bulan itu adalah:
Untuk mengira kadar surcaj, kita boleh merujuk gambar di atas yang diterbitkan oleh TNB bagi peratus kadar yang dikenakan terhadap pelanggan.
a) 0.75
Bagi faktor kuasa 0.75, kadar surcaj yang akan dikenakan kepada pelanggan adalah sebanyak 1.5% surcaj untuk bil semasa. Hal ini kerana faktor kuasa 0.75 berada di bawah pada paras nilai 0.85 dan di atas paras nilai 0.75. Maka kita perlu memilih 1.5% surcaj bagi nilai indeks ini.
Surcaj=\frac{0.85-0.75}{0.01}\times1.5\%\times RM 3000 = RM 450
Disini kita melihat sebanyak RM 450 kadar surcaj yang dikenakan pada pelanggan untuk faktor kuasa 0.75.
b) 0.60
Manakala, bagi faktor kuasa 0.6 pengiraannya adalah sedikit berbeza seperti dibawah:
Surcaj=\frac{0.85-0.75}{0.01}\times1.5\%\times RM 3000 +\frac{0.75-0.6}{0.01}\times3.0\%\times RM 3000
Surcaj= RM 450 + RM1350=RM1800
Bagi indeks 0.6, surcaj pertama yang akan dikenakan adalah 1.5% dan surcaj yang kedua adalah 3.0%. Hal ini kerana, faktor kuasa berada pada paras dibawah 0.75. Maka jumlah surcaj bagi faktor kuasa ini adalah hasil tambah surcaj pertama dan surcaj kedua.
Kesimpulannya, pengunaan elektrik yang tidak cekap akan menyebabkan kadar surcaj yang tinggi terhadap pelanggan. Hal ini dapat dilihat melalui pengiraan seperti contoh diatas dimana faktor kuasa 0.6 dikenakan kadar sebanyak RM 1800 berbanding faktor kuasa 0.75 iaitu RM 450. Surcaj ini memperlihatkan bayaran yang lebih mahal kepada penguna elektrik yang tidak cekap. Oleh itu, sebagai pelanggan yang bijak anda haruslah sentiasa memastikan tahap faktor kuasa berada pada tahap yang terbaik bagi mengelakkan kadar surcaj yang tinggi.