Apakah itu VESA ?3 min read

Jika anda seorang penggemar teknologi skrin seperti televisyen, monitor komputer dan sebagainya, sudah pasti anda pernah mendengar atau pernah mengaplikasikan VESA. Namun, bagi yang tidak biasa dengan terma ini, Video Electronics Standards Association (VESA) atau nama lainnya The Flat Display Mounting Interface (FDMI) ialah merupakan suatu standard format pemasangan penggantung untuk televisyen atau monitor anda.

Alat penggantung yang mengikuti format VESA memudahkan urusan anda menggantung TV atau monitor anda pada dinding atau pada lengan pemegang monitor (monitor arm) untuk menjimatkan ruang dan memberikan ergonomik yang lebih baik.

Format VESA ini telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan telah berkembang dengan arus perkembangan teknologi skrin televisyen dan monitor sehingga kini. Terdapat pelbagai varian telah diperkenalkan untuk menampung berat televisyen yang semakin bertambah.

What is a VESA mount for monitor and TV? | BenQ Malaysia
Penggantung monitor dengan format VESA. Sumber: BenQ

Cara-Cara Menentukan Format Saiz VESA TV Anda

Dalam kebanyakan situasi, anda boleh mendapatkan format saiz VESA TV anda melalui buku manual pengguna atau melalui pautan web pengilang jenama TV anda. Namun, jika anda tidak dapat menjumpainya atau pengilang tersebut tidak menyediakan infor berkenaan itu, anda boleh mengukur dengan cara manual seperti berikut:

  • Ukur jarak mendatar di antara kedua-dua lubang kiri dan kanan pada belakang monitor anda.
  • Ukur jarak menegak di antara kedua-dua lubang atas dan bawah pada belakang monitor anda.
  • Jika anda mengukur menggunakan unit inci,cm atau m, anda boleh menukarnya ke unit milimiter (mm).

Spefikasi VESA kebiasaannya dipaparkan dalam unit milimeter dan dibaca dengan nilai mendatar dahulu. Sebagai contoh, jika jarak di antara lubang-lubang menggantung TV atau monitor anda adalah 400mm panjang dan 200mm tinggi, saiz format VESA anda akan menjadi 400×200. Oleh hal yang demikian, anda perlu mencari produk penggantung yang mempunyai spefikasi VESA 400X200.

Variasi Format VESA

Kebanyakkan atau kesemua pengilang-pengilang jenama televisyen dan monitor mengguna pakai format ini seperti LG, Sony, Samsung, Acer, Asus dan banyak lagi supaya memudahkan pembeli seperti kita untuk memilih penggantung skrin yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi saiz VESA antaranya:

  • VESA 100X100
  • VESA 200X100
  • VESA 200X200
  • VESA 300X200
  • VESA 300X300
  • VESA 400X200
  • VESA 400X300
  • VESA 400X400
  • VESA 600X400
  • VESA 800X600

Jika anda berminat untuk membeli penggantung TV atau monitor anda, anda boleh mendapatkannya di mana-mana sahaja tidak kira jenama apa. Saya sendiri juga telah membeli penggantung monitor dengan format VESA di Shopee untuk monitor Dell saya. Dengan ini, saya boleh memusingkan monitor saya dan boleh melaraskan kedudukan monitor saya mengikut keselesaan saya. Contoh monitor arm dengan format VESA yang boleh didapati di pasaran yang mampu milik adalah berjenama Prism+.

Penggantung monitor VESA milik saya

Rujukan

www.oneforall.com

www.benq.com

www.howtogeek.com

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *