Gambar rajah Dualsense. Gambar : Sony

Konsol permainan Playstation 5 atau PS5 merupakan sebuah gajet yang paling dinanti-nanti oleh setiap penggemar permainan konsol pada tahun 2020. Konsol ini akan didampingi oleh alat kawalan jauh iaitu Dualsense yang bakal mengubah cara kita bermain permainan video generasi baharu dengan teknologi terkini.

Dari segi rekaan sehinggalah adaptasi teknologi, kesemuanya serba baharu untuk alat kawalan jauh Dualsense ini. Sebelum ini, alat kawalan jauh untuk Playstation dinamakan sebagai Dualshock iaitu merangkumi Dualshock 1 untuk PS1, Dualshock 2 untuk PS2 dan Dualshock 3 untuk PS3 tetapi nama Dualsense diguna pakai untuk meyesuaikan teknologi terbaharu yang digunakan.

Selain itu, ianya layak untuk diakui bahawa lompatan generasi antara Playstation 3 dan Playstation 4 tidaklah begitu ketara untuk alat kawalan jauh Dualshock. Sudah semestinya, grafik dalam PS4 lebih cantik berbanding PS3 namun pengalaman menggunakan alat kawalan jauh sama sahaja.

Dengan pelancaran PS5 dan Dualsense baru-baru ini, teknologi yang ada pada Dualsense bakal mengubah landskap pengalaman permainan video dengan gabungan gerakan mekanikal dan elektronik.

Rekaan Dualsense

Syarikat Sony sudah menukar ‘jenama’ Dualshock sepenuhnya dan memperkenalkan alat kawalan jauh Dualsense yang baharu. Rekaan pada alat kawalan ini sepadan dengan tema ‘futuristik’ yang diterapkan untuk konsol Playstation 5 iaitu bertemakan warna putih dan sedikit warna hitam.

Saiz alat kawalan jauh serba baharu ini tampak lebih besar berbanding Dualshock 4. Tujuannya adalah untuk memuatkan kesemua teknologi-teknologi ke dalam alat kawalan jauh tersebut disamping memberikan genggaman yang lebih selesa kepada pemain.

Jika kalian perasan, tekstur pada permukaan di belakang alat kawalan jauh ini mempunyai kesemua simbol butang yang terdapat pada Playstation. Tujuan ini adalah untuk memberikan cengkaman yang lebih baik. Gambar tekstur pada permukaan boleh dilihat di bawah;

PS5 DualSense Unboxing Video Confirms PC Support and Neat Surface Texture -  The FPS Review
Tekstur pada permukaan Dualsense. Gambar: thefpsreview

Teknologi Dualsense

Terdapat beberapa tambahan teknologi canggih terbaharu yang digunakan oleh alat kawalan jauh Playstation 5 iaitu maklum balas haptik, picu adaptif dan sambungan USB-C manakala teknologi yang sedia ada sejak zaman Playstation 4 seperti soket audio dan mikrofon terbina dalam dikekalkan dan diberi naik taraf dalam alat kawalan jauh Playstation 5.

Senarai teknologi baharu yang ada pada alat kawalan jauh PS5:

  • Maklum balas haptik
  • Picu adaptif

Picu adaptif

Teknologi mekanikal ini membawa perubahan ketara untuk memastikan pengalaman yang lebih realistik berbanding teknologi alat kawalan jauh pada masa ini yang hanya berperanan untuk “ditekan” sahaja.

Picu adaptif pada Dualsense. Gif: TronicsFix

Di dalam gif yang ditunjukkan di atas, mekanism gear juga di aplikasikan dan di integrasikan untuk mengukur tekanan yang diberikan oleh jari pengguna ketika menekan picu tersebut. Gear rintangan yang sangat sensitif ini mempunyai beberapa takik yang berkomunikasi dengan sensor potentiometer untuk memastikan getaran yang tepat dilepaskan oleh motor di dalam alat kawalan jauh tersebut.

Hanya alat kawalan jauh Dualsense PS5 mempunyai teknologi picu adaptif yang paling canggih sekali. Teknologi ini juga akan memberi bayangan tentang apa teknologi yang ada pada permainan video pada masa hadapan.

Picu adaptif telah dipasangkan pada picu L2 dan R2 untuk memberikan pengalaman baharu ketika bermain permainan video. Teknologi ini akan memberikan rasa ketegangan atau daya yang berlawanan ketika pemain menekan picu L2 atau R2 tersebut apabila menarik tali busur panah atau menembak dengan senjata di dalam permainan. Dengan ini pemain dapat merasai pengalaman yang realistik ketika bermain. Kalian boleh lihat contoh dibawah;

Video yang memaparkan bagaimana picu adaptif berfungsi ketika brmain permainan video

Maklum balas haptik

Buat makluman semua. teknologi maklum balas haptik telah digunakan oleh syarikat Apple bermula pada peranti seperti iPhone 7, iPhone 8 dan Macbook. Selain itu, ia juga digunakan pada 3D Touch di setiap peranti iPhone yang terbaharu.

Dengan kata mudah, teknologi maklum balas haptik sudah terbukti memberikan rasa sentuhan atau gerakan. Ini dapat dilakukan kerana terdapat motor getaran yang mampu meniru getaran frekuensi semula jadi. Teknologi ini juga telah dinaik taraf oleh Sony untuk kegunaan Dualsense.

Teknologi Sony yang terbaharu ini menggantikan teknologi lama iaitu motor gemuruh (rumble motor) yang terdapat pada alat kawalan jauh PS4 dengan memasang motor getaran penggerak dwi pada belah kiri dan kanan alat kawalan jauh. Selain itu, motor-motor kecil ini adalah sangat boleh diprogramkan oleh pembina permainan video. Teknologi yang telah dinaik taraf ini berfungsi ibarat pembesar suara yang mampu bergetar secara tepat dan lancar.

Menurut Sony, ciri terbaharu ini adalah hasil daripada kajian teknologi rangkaian saraf dalam yang mampu menghasilkan ombak getaran yang berkualiti tinggi secara automatik.

Jika dibandingkan dengan Dualshock 4, alat kawalan jauh PS4 hanya menggunakan motor gemuruh. Motor ini besar dengan berbentuk seperti ‘separuh bulan’ yang akan berpusing mengikut kelajuan dan tempoh pusingan. Walaupun motor ini juga mampu memberikan getaran, tetapi ianya sangat kasar dan tak mampu berhenti dan bermula secara pantas.

Video yang memaparkan isi dalaman Dualsense. Video: TronicsFix

USB-C

Seperti yang kita maklum, teknologi USB-C telah lama digunakan pada peranti-peranti gajet. Teknologi ini mempunyai rekaan soket yang berlainan dengan model USB yang lain. Sebagai contoh, mikro-USB 2.0 hanya mempunyai 5 pin manakala USB-C mempunyai 24 pin. Ini bermakna teknologi ini mampu memberikan perpindahan data yang lebih laju serta kelajuan pengecasan yang lebih laju.

Teknologi kawalan jauh dualsense ps5
Soket pengecasan USB-C . Gambar: Sony

Namun, teknologi ini hanyalah digunakan untuk memastikan pengecasan alat kawalan jauh PS5 iaitu Dualsense berlaku dengan pantas supaya dapat menjimatkan masa pemain untuk mengecasnya.

Rujukan

www.screenrant.com

www.theverge.com

Tentang Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *