Jenis teknologi yang digunakan dalam IoT5 min read
Terdapat banyak jenis teknologi yang digunakan dalam IoT(Internet Pelbagai benda). Teknologi ini juga dipanggil protokol. Seperti manusia, setiap protokol berkomunikasi dengan bahasa yang berlainan. Sensor yang menggunakan satu protokol tidak mampu berkomunikasi dengan hub yang mempunyai protokol berlainan. Seseorang jurutera elektronik perlu memilih teknologi mana yang mereka ingin gunakan dalam projek mereka. Setiap teknologi mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, beliau perlu memikirkan teknologi mana yang memberi manfaat dan menjimatkan kos projek.
Terdapat cara yang lebih sofistikated untuk menerangkan tentang protokol IoT kerana setiap teknologi duduk di dalam lapisan (layer) yang berlainan. Saya akan menerangkan topik ini dalam artikel yang lain. Artikel ini akan menerangkan dengan bahasa mudah tentang teknologi yang digunakan dalam IoT. Berikut adalah jenis teknologi atau protokol yang digunakan dalam IoT:
1. Bluetooth dan BLE
Saya pasti anda pernah mendengar terma ini. Bluetooth merupakan teknologi komunikasi jarak dekat yang mendapat tempat dalam pasaran pengguna seperti fonkepala jam tangan pintar. Terdapat dua jenis teknologi Bluetooth, iaitu Classic Bluetooth dan BLE (Bluetooth Low Energy). Classic Bluetooth merupakan teknologi yang lebih awal, digunakan untuk menghantar fail antara peranti telefon dan dalam fonkepala Bluetooth. Protokol ini sesuai digunakan dalam aplikasi yang memerlukan sambungan yang berterusan seperti penstriman audio.
BLE merupakan teknologi lebih baru untuk mengoptimumkan penggunaan kuasa. BLE mmpunyai pejimatan kuasa 100 kali ganda berbanding Bluetoth Classic. Disebabkan itu, BLE sesuai digunakan dalam aplikasi yang melibatkan sensor. Ini kerana sensor seperti sensor suhu tidak memerlukan sambungan yang berterusan.
- Standard: Bluetooth 4.2 core specification
- Frekuensi: 2.4GHz (ISM)
- Jarak: 50-150m
- Kadar data: 1Mbps
2. Wi-Fi
Wi-Fi tidak asing lagi kerana ianya memberikan kita sambungan Internet di rumah dan pejabat. Terdapat juga objek IoT yang mampu disambung melalui Wi-Fi. Teknologi sambungan Wi-Fi menjadi pilihan pembangun produk kerana penggunaan Wi-Fi yang meluas dalam isi rumah dan pejabat. Wi-Fi memberi penukaran data yang laju dan berkebolehan untuk mengendali kuantiti data yang banyak. Ciri ini sesuai dalam aplikasi pengawasan video bersiaran langsung, yang memerlukan sambungan yang berterusan. Contohnya, seperti YI Smart Home Camera.
Namun demikian, peranan Wi-Fi dalam IoT tidak meluas lebih-lebih lagi dalam industri kerana faktor seperti liputan dan juga penggunaan tenaga yang tinggi berbanding teknologi lain.
- Standard: 802.11n
- Frekuensi: 2.4GHz dan 5GHz
- Jarak: 50
- Kadar data: Maksimum, 600 Mbps. Kebiasaan, 150-200Mbps. Bergantung kepada kuantiti antena.
3. RFID
RFID adalah singkatan daripada “Radio Frequency Identification”. Ianya merupakan terma yang tidak asing lagi oleh setiap orang. RFID kebanyakannya digunakan dalam aplikasi berjarak dekat, juga terdapat dalam aplikasi jarak jauh. Anda mungkin pernah menggunakan untuk dalam pembayaran menggunakan Touch and Go dan kad debit Contactless. RFID juga penting dalam sektor peruncitan dan logistik. Dengan melengkapi peralatan dan aset, sesebuah syarikat mampu mengesan inventori mereka. Dalam sektor peruncitan pula, tag RFID deletak di dalam produk mereka untuk mengelakkan kecurian.
- Standard: ISO/IEC 18000-63
- Frekuensi: 124 kHz, 14.3 kHz, 13.56 MHz, 960Mhzm 433 MHz dan 2.45GHz. Bergantung kepada aplikasi jarak dekat atau jauh.
- Jarak: 10 cm – 100m.
- Kadar data: Maksimum, 100 Mbps.
4. LPWANs
LPWANs adalah singkatan daripada Low Power Wide Area Networks. Ianya merupakan fenomena baru dalam IoT kerana memberi komunikasi berjarak jauh menggunakan bateri yang kecil dan tidak mahal selama beberapa tahun. Walaubagaimanapun, LPWANs hanya boleh menghantar blok data yang kecil pada kadar yang rendah, oleh itu hanya sesuai untuk aplikasi yang tidak memerlukan bandwidth yang tinggi dan ketepatan masa yang tinggi. LPWANs biasa digunakan dalam aplikasi pengawasan jarak jauh, meter pintar, pengurusan fasiliti dan pengawalan bangunan. Terdapat lagi teknologi yang berlesen dan tidak di bawah LPWAN seperti NB-IoT, LoRa, Sigfox dan lain-lain.
- Standard: DASH7, Sigfox, LoRa.
- Frekuensi: 900 MHz
- Jarak: 10 km.
- Kadar data: 0.3 kbps – 50kbps
5. Zigbee
Zigbee merupakan teknologi tanpa wayar berjarak dekat dan berkuasa rendah. Berbanding Wi-Fi yang menggunakan topologi bintang (star topology), topologi jaring (mesh topologi) biasanya digunakan dalam Zigbee. Zigbee memberikan kadar data yang tinggi, tetapi kurang cekap kuasa berbanding LPWAN. Ianya biasa digunakan dalam aplikasi bangunan dan rumah pintar seperti pencahayaan pintar, pengawal HVAC dan sekuriti.
- Standard: ZigBee 3.0 based on IEEE802.15.4
- Frekuensi: 2.4GHz
- Jarak: 10-100m
- Kadar data: 250kbps
6. Selular (3G,4G&5G)
Sudah pastiya anda pernah mendengar terma ini. Ini kerana, teknologi selular mendapat tempat dalam pasaran telefon mudah alih pengguna. Jaringan selular memberi perkhidmatan berjarak jauh dan juga komunikasi yang mampu menampung pelbagai penggilan suara dan video. Kekurangan teknologi ini ialah kerana kos operasinya dan penggunaan kuasa yang tinggi. Ini menyebabkan teknologi selular tidak mendapat tempat dalam aplikasi IoT yang menggunakan bateri kecil. Namun begitu, disebabkan teknologi ini mempunyai kadar data dan ketepatan masa yang tinggi, ianya digunakan dalam aplikasi kenderaan bersambung dan pengurusan pengangkutan dan logistik.
- Standard: GSM/GPRS/EDGE (2G), UMTS/HSPA (3G), LTE (4G)
- Frekuensi: 900/1800/1900/2100MHz
- Jarak: Maksima 35 km untuk GSM, maksima 200 km untuk HSPA.
- Kadar data: 600kbps-10Mbps (HSPA), 3-10Mbps (LTE)
Rujukan
https://behrtech.com/blog/6-leading-types-of-iot-wireless-tech-and-their-best-use-cases/
https://www.rs-online.com/designspark/eleven-internet-of-things-iot-protocols-you-need-to-know-about
Iot sangat best tapi susah 🥺🥺